Selepas Seminggu Pantang Bersalin, Ramai Puji Wawa Zainal Sebagai Wanita Kuat – “Hebat Hari Ke 8 Dah Pakai Kasut Tumit Tinggi.”

Share

Setelah genap seminggu menjalani tempoh berpantang selepas bersalin anak keempat, pelakon dan usahawan Wawa Zainal dilihat kembali berkerja dan hadir ke pejabat perniagaan miliknya.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal memberitahu kehadiran di pejabat bagi tujuan pemeriksaan produk keluaran terbaru iaitu minyak wangi jenamanya, Wawa Parfum.

“Day 8 pantang & singgah oficce kejap check stock #wawaparfum mendarat di HQ.

“Alhamdulillah sambutan luar biasa yela customer @wawacosmeticshq da lama sgt ternanti nanti perfume saiz besar ni kan sumpah wangi,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menyifatkan isteri kepada pelakon Aeril Zafriel ini sebagai seorang wanita yang hebat kerana tampak aktif serta cergas meski dirinya masih dalam tempoh berpantang.

“Disini rancak, disana rancak berdosa!! Hebat hari ke 8 da pakai high heel,” tulis seorang wargamaya.

“Hebatnya wawa…8 hari pantang bole jln2..huhuhu kalu saya menangis lagi sbb jahitan masik tak ok,” tulis lagi seorang warganet.

“Hebat anak 4 perut kempis mcm anak dara. Idola ni,” puji peminat.

Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Kemudian, pada Wawa telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 30 November yang lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Wawa Zainal

IKLAN