Hiburan

Selepas Meerqeen & Amir Ahnaf, Kini Anna Jobling Berganding Dengan MK K-Clique

Share

Anna Jobling sememangnya seorang pelakon baharu yang kian mendapat perhatian ramai dan memiliki kelompok peminatnya tersendiri.

Ini terbukti apabila dia berjaya menggengam tiga trofi pada Anugerah Bintang Popular ke-35 tahun lalu.

Selepas membintangi beberapa drama yang berjaya mencuri hati rakyat Malaysia seperti Melur Untuk Firdaus dan Syurga Itu bukan mudah, kini dia muncul dengan naskhah baharu.

Menariknya, jika sebelum ini untuk dua drama popular tersebut dia digandingkan bersama Meerqeen dan Amir Ahnaf, bagi drama terbaharu yang bertajuk Jendela Hati, finalis Dewi Remaja 2018/19 ini bakal bergandingan bersama MK K-Clique pula.

BACA LAGI: Sekali Lagi Lolos, Meerqeen & Anna Jobling Dalam Senarai Top 100 Wajah Paling Kacak, Cantik Di Dunia

Drama tersebut yang diterbitkan khusus untuk saluran penstriman video OTT, Viu, merupakan sebuah naskhah adaptasi novel karya Aisy Sofea.

Siri melodrama romantik ini telah ditayangkan bermula 15 Februari 2024 setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Selain Anna Jobling dan MK K-Clique, drama yang diarahkan oleh MP Roslin ini turut dibintangi oleh pelakon popular lain seperti Hanna Aqeela, Safwan Nazri,To’ Puan Syamim Farid dan Qistina Khaled.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN