Penyanyi dari Filipina, Isabella Vinzon mengakui dia agak gentar apabila bertemu dengan pelakon dan penyanyi, Alvin Chong buat kali pertama.

Katanya, sebab utama dia berasa begitu kerana kesukaran untuk mereka berkomunikasi.

Cantiknya! Siapa Gerangan Isabella Vinzon Di Sisi Alvin Chong Ni?

IKLAN

“Sejujurnya, pertama kali jumpa saya rasa sangat ‘intimidate’ dengan Alvin. Sebab… saya memang tidak fasih berbahasa Inggeris.

“Jadi sukar untuk saya berkomunikasi dengannya dan untuk menjayakan kolaborasi ini, kami perlu ada ‘chemistry’.

“Di sekolah pun, saya menggunakan sepenuhnya bahasa Tagalog jadi bila kena berbahasa Inggeris memang saya jadi kurang yakin.

“Tapi setelah lama-lama ‘lepak’ dengan Alvin, kami dah boleh berborak dan bercakap, dia memang seorang yang ‘cool’ dan sangat baik,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Isabella juga mengatakan bahawa perbezaan umur sebanyak 11 tahun antara mereka tidak menhalang untuk mereka berkawan.

Cantiknya! Siapa Gerangan Isabella Vinzon Di Sisi Alvin Chong Ni?

IKLAN

“Bila kami dah ‘warm-up’, sebenarnya, Alvin pun boleh jadi macam umur saya jadi memang tidak terasa perbezaan umur itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Alvin turut berkongsi pengalamannya bekerja dengan Isabella.

IKLAN

Cantiknya! Siapa Gerangan Isabella Vinzon Di Sisi Alvin Chong Ni?

“Semasa menjalankan penggambaran muzik video di Manila, pengarah minta kami berdua tenung sesama sendiri seolah-olah sedang bercinta, tapi Lala (nama panggilan Isabella) tidak boleh untuk melakukannya.

“Jadi, saya cubalah bagi sokongan dan ‘ease up’ dan bagi idea supaya dia dapat melakukannya. Yalah, dia pun baru 16 tahun kan, mana pernah bercinta. Hehehe…

“Bagi saya, vokalnya sangat bagus untuk seseorang umur usianya, kalau dapat digilap dengan lebih lagi, dia boleh pergi jauh dalam industri,” akhirinya.

Foto: Universal Music & Instagram Isabella Vinzon

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI