Wow, nampaknya sejak bersuara tentang isu Datuk Farid Kamil, Sharnaaz telah membuka mulut sekali lagi bersuara tentang Sajat pula!

Seperti yang kita tahu semalam salah seorang wakil JAKIM telah hadir ke Wisma Sajat yang terletak di Shah Alam dan berbincang mengenai beberapa perkara.

Perkara ini telah membuatkan ramai orang memberi respon kerana akhirnya JAKIM telah mengambil pendekatan untuk menemui sendiri pengasas kosmetik tersebut dan mungkin boleh membantunya dalam beberapa perkara termasuklah penentuan jantinanya yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Selepas Kes Farid, Sharnaaz Bersuara Minta Media Gam Sajat!

Ads

Tidak terkecuali pelakon Sharnaaz yang turut menyentuh tentang Sajat.

Melalui satu posting tweet, Sharnaaz memberitahu dirinya tidak akan marah sekirannya Sajat berstatus’pondan’, cuma dia meminta jutawan tersebut berhenti memainkan hati semua rakyat.

Malah lebih panas, Sharnaaz meminta semua pihak untuk gam Sajat dari keluar TV, media sosial dan apatah lagi menviralkannya.

Ads

Sharnaaz turut mencabar orang ramai untuk tag postingnya itu terus ke Sajat.

Ads

Hais, macam-macam lah. Bagi pandangan MH boikot-boikot ni memang satu cara nak memberi kesedaran tetapi tengok juga pada kesesuaian juga.

Mungkin apa yang boleh buat, biar sahaja pihak JAKIM jalankan siasatan dan sebagainya baik Sharnaaz mahupun netizen yang lain harap bersabar okay!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI