“Selepas Ini Tidak Akan Ada Lagi Bersama…,” – Beri Banyangan, Shuib Sepahtu Bakal Tinggalkan Hot FM?

Share

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu seakan-akan memberi banyangan bakal meninggalkan stesen radio, Hot FM tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Shuib menerusi sebuah video pendek yang dikongsikan di laman Instagram.

 “Selepas ini tidak akan ada lagi bersama Geng Pagi Hot,” katanya ringkas.

Keputusan tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan penyampai Shuk Sahar dan Fizie.

Video berdurasi hampir 15 saat itu turut diulang siar menerusi akaun Instagram stesen radio berkenaan.

Sementara itu, menerusi entri berasingan, Shuib turut dilihat memuat naik beberapa keping gambar untuk berkongsi segala memorinya sepanjang dua tahun mengendalikan segmen pagi tersebut.

 “Dua tahun usianya,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, isterinya yang juga merupakan penyanyi, Siti Sarah dilihat ada memberikan kata-kata semangat buat Shuib di ruangan komen.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan you sayang. I will support you apa juga keputusan yang you ambil,” jelasnya.

Meninjau di bahagian komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengakui turut terkejut dengan perkhabaran tersebut selain menitipkan ucapan selamat maju jaya buat apa sahaja bidang yang akan diceburi oleh Shuib selepas ini.

Terdahulu, spekulasi menjadi bertambah hangat selepas Shuk dan Fizie masing-masing turut memuat naik entri seakan-akan mengucapkan selamat tinggal buat Shuib.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada tuan punya badan berkenaan hal tersebut sejurus video tersebut dikongsikan.

Sumber: Instagram Shuib, Fizie, Shuk Sahar & Hot FM

IKLAN