Lepas seorang-seorang ahli Big Bang memasuki latihan ketenteraan, pada 27 Februari lalu, ketua kumpulan tersebut, G-Dragon mula menyertai ‘Army’ diikuti dengan Taeyang pada 12 Mac ini.

Selepas G Dragon Dan Taeyang, Daesung Pula Umum Tarikh Masuk ‘Army’

Bagaimanapun, VIP (peminat) sekali lagi dikejutkan dengan berita mengejut apabila syarikat pengurusan Big Bang, YG Entertainment mengumumkan bahawa Daesung akan menyusul menyertai ‘Army’ hanya sehari selepas Taeyang iaitu 13 Mac ini.

IKLAN

“Daesung sentiasa ingin menyertai ‘army’ sama waktu dengan ahli-ahlinya yang lain. Oleh sebab itu, dia memohon untuk menyertai tentera tahun lalu,” kata kenyataan daripada pihak YG.

Sementara itu, YG turut memberikan kenyataan berkenaan dengan status Seungri untuk menyertai latihan ketenteraan itu.

“Ahli termuda (maknae) Seungri juga ingin menyertai tentera sama waktu dengan ahli-ahli yang lain namun disebabkan dia terikat dengan promosi filem cina bertajuk ‘Love Only’ dan juga promosi album solonya, dia akan menyusul kemudian,” katanya lagi.

Pada MH, berita ini mungkin agak menggembirakan peminat memandangkan hampir kesemua ahli Big Bang menyertai tentera pada masa yang sama membuatkan tempoh menanti untuk kumpulan tersebut bersatu kembali tidak lama.

IKLAN

Selepas G Dragon Dan Taeyang, Daesung Pula Umum Tarikh Masuk ‘Army’

Rasanya umum mengetahui bahawa hubungan ahli Big Bang memang sangat akrab, lihat sajalah T.O.P yang sanggup mengambil cuti semasa sedang menjalani duti mandatori berkaitan skandal dadahnya demi untuk bersama GD.

IKLAN

Apa-apa pun, MH harap para peminat akan sabar menanti saat untuk kumpulan ini ‘comeback’.

Sumber: Allkpop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI