Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Rabu.

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, Shahzemir Shahzulkarib menerusi sebuah hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahzemir Shahzulkarib (@mithosama)

“Alhamdulillah. Isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahzemir turut merakam ucapan perhargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.

Selepas Diuji Gugur 2 Kali, Fida Ibrahim Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung

IKLAN

Selepas Diuji Gugur 2 Kali, Fida Ibrahim Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung
“Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan
buat kami sekeluarga,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Rafidah dan anaknya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, tahniah Rafidah dan suami.

IKLAN

“Selamat berpantang.

“Alhamdulillah. Anugerah terindah.

“Alhamdulillah, barakallah. Semoga menjadi cahaya mata kebanggaan agama dan keluarga. Menjadi anak yang soleh dan sihat selalu,” antara komen-komen netizen.

IKLAN

Selepas Diuji Gugur 2 Kali, Fida Ibrahim Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung

Sekadar informasi, Faridah atau lebih mesra disapa Fida telah mendirikan rumah tangga dengan Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.

Fida sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum berkongsi mengenai kehamilan ketiganya pada November lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Shahzemir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI