Penyanyi Tomok mendedahkan dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39, kejadian tersebut berlaku ketika isterinya ke butik berkenaan untuk membeli seluar.

“Ada satu perkara nak dikongsikan kepada kalian semua. Saya bersama keluarga di The Gardens Mid Valley untuk berbuka puasa. Sekitar pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.

“Tapi satu kejadian yang berlaku tadi, anak saya dah tumpahkan pengilat kuku dekat baju dan seluar.

“Seluar dia berharga RM1,299 dan ia kena bukan pada satu… tapi empat seluar, serta baju bernilai RM499 dan RM899,” katanya menerusi sebuah hantaran video di Instagram, pada Ahad.

IKLAN

Memahami dan akui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok turut menunjukkan jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun.

“Selepas Diskaun Saya Kena Bayar RM5,593,” – Sehelai Seluar Cecah RM1,299, Anak Tomok Tertumpah Pengilat Kuku Dalam Butik “Selepas Diskaun Saya Kena Bayar RM5,593,” – Sehelai Seluar Cecah RM1,299, Anak Tomok Tertumpah Pengilat Kuku Dalam Butik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

IKLAN

“Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini… selepas diskaun saya kena bayar ini dia, RM5,593.

“Jadi saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan terlalu besar untuk saya. Pengilat kuku hanya terkena sikit sahaja, tapi saya faham ini peraturan butik dan saya ini memang salah saya.

“Kalau siapa yang nak beli boleh mesej saya. Ini dah nak raya, macam ini pula. Tidak mengapalah ujian. Siapa nak dapatkan bolehlah tolong saya beli.

IKLAN

“Saya pun taklah jual harga penuh. Insya Allah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka berserta dengan ribuan komen pelbagai warganet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI