Ads

Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital, Bapa DS Aliff Syukri Meninggal Dunia

Selepas bertarung nyawa di hospital akibat serangan jantung, bapa kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan telah kembali ke rahmatullah beberapa jam yang lepas.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri setiausaha DS Aliff iaitu Iqbal Sani di akaun Instagram usahawan tersebut.

Ads

“Assalamualaikum. Saya selaku setiausaha Muhd Iqbal Sani, kepada DS Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato’ Sri telah pun kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Marilah kita mendoakan arwah di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Segala jadual business atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen serta para selebriti turut berduka cita mendengar perkhabaran tersebut.

Ads

Malah, mereka turut menitipkan ucapan takziah selain turut meminta supaya DS Aliff sekeluarga diberi ketabahan menghadapi dugaan ini.

Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital, Bapa DS Aliff Syukri Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital, Bapa DS Aliff Syukri Meninggal Dunia

Ads

Dikesempatan ini, kami dari MH ingin mengucapkan salam takziah buat DS Aliff sekeluarga dan semoga arwah bapanya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi...

Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.
error: Hello. Cannot.