Selepas 20 Tahun, Azah Aziz Terharu Gembira Balik Malaysia Jumpa Abang – “Best Reunion Ever.”

Share

Pelakon popular era 90-an, Azah Aziz dilihat terharu apabia berpeluang bertemu seterusnya mengisi masa dengan abang kandungnya selepas 20 tahun.

Di dalam sepotong foto yang dikongsi bintang berusia 50 tahun itu, Azah atau nama penuhnya Noazah Aziz berpeluang berjumpa insan tersayang apabila pulang ke tanah air, baru-baru ini.

Selain abang, Azah turut menziarahi kakak kandungnya yang juga sudah empat tahun terpisah.

“Reunion with my sis n my bro, it’s so emotional coz I didn’t see my brother at least 20 years, and my sis like 4 years and she look more and more like my late mum, and yes off course I cry,” tulisnya.

Di dalam platform sama, Azah turut berkongsi video momen indah berkenaan.

“Best reunion everr, cam jejak kasih dah ni,” tulisnya lagi.

Selain ahli keluarga, Azah turut bertemu rakan artis seperti pengacara Sharifah Shahirah.

Terdahulu, menetap di Montreal, Kanada selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya Daud Leroy Abdullah.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya matai aitu Aaron, Ryan, dan Justin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN