
Bintang terkenal Hollywood, Selena Gomez akhirnya berkongsi penampilan pertamanya dalam gaun resepsi perkahwinan menerusi beberapa foto eksklusif yang dimuat naik di Instagram, sekali gus mencuri perhatian peminat di seluruh dunia.
Penyanyi dan pelakon berusia 33 tahun itu tampil menawan dalam busana rekaan jenama mewah Ralph Lauren yang mengetengahkan inspirasi klasik dengan potongan halter neck yang romantis. Sentuhan vintaj pada gaun berkenaan menambahkan lagi aura elegan Selena di hari bahagianya.
Sepanjang majlis bersejarah itu, Gomez dilaporkan menyarung tiga gaun berbeza daripada pereka sama, termasuk busana untuk upacara akad nikah yang berleher halter serta sarat dengan perincian renda di bahagian kolar dan ekor gaun yang panjang.
BACA JUGA: Selena Gomez Sah Bergelar Isteri Benny Blanco


Untuk satu lagi penampilan, Gomez memilih gaun halter labuh ke lantai dengan struktur korset serta hiasan lace train yang dramatik. Gaya rambut berombak ala Old Hollywood serta veil ringkas melengkapkan pesona bintang berkenaan pada malam resepsi.
Lebih menarik, pelantun lagu Calm Down itu turut memilih sejambak bunga lily of the valley sebagai simbol cinta, kemurnian dan permulaan baharu dalam kehidupannya.
Busana yang diperagakan Selena pada malam resepsi itu bukan sekadar pilihan fesyen semata-mata, sebaliknya menggambarkan satu perjalanan penuh makna buat dirinya yang kini memulakan episod baharu dalam hidup berumah tangga.
Selena telah melangsungkan perkahwinan dengan Benny Blanco pada 27 September 2025 dan sebelum itu mereka telah bertunang terlebih dahulu pada Disember tahun lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




