Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad ada berkongsi perkembangan terkininya mengenai sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalaninya.
Menurut Elizad, dia baru sahaja selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ dan kini sedang menantikan keputusan yang berikutnya.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.
Ads
“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.
“Terima kasih Dr @dr.azlin dan @sophea_fertility dan semua nurse yang banyak membantu menenangkan saya tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan arti memberikan kata-kata peransang selain turut mendoakan yang terbaik buat Elizad.
Ads
Terdahulu, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan kini masih menantikan zuriat sulung mereka.
Sumber: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menjuarai program hiburan realiti, Big Stage 2020, timbul pula cakap-cakap yang menyifatkan penyanyi, Azzam Sham cukup terbuka dan tidak berselindung mengenai hubungan yang dijalin bersama rakan artis, Sheryl Shazwanie.
Tidak menafikan perkara tersebut, Azzam yang ditemui memberitahu, Sheryl sememangnya teman istimewa kerana baginya, bintang muda itu selalu ada ketika saat susah dan senang.
Menurut Azzam lagi, dia percaya peminat akan faham dan menyambut baik mengenai perkara tersebut.
“Dia selalu ada untuk saya, ibaran macam famili sendiri. Malah, setiap minggu dia datang untuk berikan sokongan, sama seperti peminat yang menyokong.
“Saya sayang semua orang. Cuma dia lebih sikit. Dia special person bagi saya.
“Peminat saya sayang saya, peminat dia sayang dia. Tiada apa yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.
Azzam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Akhir Big Stage 2020 di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada Ahad.
Ketika ditanya mengani perancangan masa depannya bersama Sheryl, ini reaksi penyanyi berusia 23 tahun itu;
“Kalau ada jodoh saya tidak menolak. Lagipun ini perkara baik. Akan tetapi, kami belum ada sebarang perancangan. Jauh lagi rasanya.
“Dia pun sibuk untuk bina kerjaya, begitu juga dengan saya. Kalau semuanya dah kukuh, Insya-Allah harap dipermudahkan,” kongsinya tenang.
Pada malam Konsert Akhir Big Stage 2020, Azzam telah dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Ali Puteh, meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana telah menganugerahkannya dua orang cahaya mata.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak, alangkah indah jika perasaan tersebut dapat dikongsikan bersama Allahyarham anak keduanya, Ainul Mardhiah dan abangnya, Abam Bocey.
Bagaimanapun, dia menyifatkan kedua-dua individu yang paling disayanginya itu kini berada di tempat yang lebih baik.
“Diam tak diam dua anak dah, kalau arwah adik ada dan masih hidup 3 dah anak-anak walid.
“Kalau arwah pak cik Abam ada mesti lagi seronok, tapi tak mengapa. Dia di sana dengan arwah Ainul Mardhiah seronok bermain di taman syurga.
“Semoga berjumpa kita sekeluarga di sana nanti. Rindu adik rindu Hamzah rindu Pakcik Abam. Terus membesar anak-anak walid berjaya dunia akhirat,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah comel anaknya itu selain turut mendoakan semoga Allahyarham Ainul dan Abam ditempatkan dikalangan orang beriman.
Terdahulu, Ali telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Melati Fitri Abdullah pada Mei 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sharifah Nur Aaira Qaireen dan Syed Umar Iskandar manakala seorang lagi anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.
Abangnya pula, Syed Umar Mokhtar atau lebih sinonim dengan panggilan Abam Bocey telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10 Februari akibat demam panas.
Sumber: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan ada beberapa pihak yang seopah-olah cuba mempertikai caranya agihkan bantuan hasil sumbangan orang ramai kepada golongan yang terkesan akibat pendemik Covid-19.
Menurut Abby, tidak perlulah membandingkan caranya mengagihkan sumbangan kerana dia menyifatkan bantuannya itu hanyalah berskala kecil.
“Darda bangun awal. Morning uncles aunties. Teman mama memikirkan nasib-nasib mereka yang tak mampu bekerja dan menncari rezeki saat-saat PKPB, PKPD ni. Sian tapi mampu tolong sikit-sikit je.
“Saya menolong Lillahi Taala. Saya minta maaf kalau ada yang pertikaikan usaha saya. Kenapa takde gambr serahan, kenapa takde bukti, kenapa tak macam Ustaz Ebit, kenapa begitu, kenapa begini.
“Masing-masing dengan cara tersendiri. Takde masalah pun terang terangan atau tersembunyi. Allah maha tahu. Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar. Saya kecil- kecilan je,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Gerak Khas itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan antara sebab dia tidak berkongsi foto-foto semasa mengagihkan bantuan adalah kerana untuk menjaga aib golongan tidak bernasib baik itu.
“Saya tag haritu IG mereka yang saya bantu, di cari salah juga. Pergi jenguk satu-satu, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah. Ni tak tag, kata macam-macam juga. Buruklah perangai mencari-cari salah orang ni.
“Dan meletakkan diri di ditempat mereka yang susah ni, saya sendiri malu nak minta bantuan sebenarnya tp keadaan memaksa. Dah minta, dapat. Ada yang saya suruh diorang hantar tunjuk barang yang dibeli.
“Gambar anak-anak yang dikirim pun saya kesian. Tak sampai nak tengok sebenarnya. Jadi Sy tutup semua biar aib mereka terjaga.
“Kalau saya tolong sendiri pakai duit sendiri, memang saya diamkan je tapi ni sebab ajak sahabat-sahabat saya di sini menyumbang juga, jadi saya bgtau apa yang perlu. Duit terkumpul memang saya agih setiap hari,” kongsinya lagi.
Jelas Abby lagi, sekiranya masih ada pihak yang meragui usahanya dalam menyampaikan bantuan, tidak perlulah berurusan dengannya.
“Saya memang usaha nak cepatkan proses sebab ramai yang putus bekalan terus terutamanya yang ada baby-baby kecil, nak mereka bagi bukti mcmana baru buleh lulus bantuan?
“Jadinya pada yang gigih minta bukti, saya kata tak yakin dengan saya takyahlah menyumbang ye. Bukan banyak pun yang terkumpul dan saya takut pada ALLAH.
“Takkan saya ambil duit ni untuk keperluan saya. Yang sudi silakan. Tak sudi abaikan saja post ni ye. Maafkan saya sbb tak mampu nk puaskan hati semua orang,” akhirinya.
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk berhijab selepas terkesan dengan nasihat daripada sahabat baiknya, Ustaz Izhar Ariff sebaik dia tersedar daripada ditidurkan akibat komplikasi pembedahan lutut.