“Selawat Banyak-Banyak Buat Nabi Junjungan Kita,”- Sempena Maulidur Rasul, Haiza Sarankan Berselawat

Share

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, penyanyi dan penyampai radio Haiza ada menitipkan kata nasihat di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, bintang ini menyarakan agar kita perbanyakkan selawat buat nabi junjungan, Muhammad S.A.W.

“Selamat berhujung minggu. Apa plan minggu ni? Esok 12 Rabiulawal 1441H Maulud Nabi. Selawat banyak-banyak buat nabi junjungan kita Muhammad S.A.W

“Moga kita semua terus diberi kesihatan yang baik.Kesihatan itu juga rezeki.Insya’allah, #dontstressyourself #ilovemyself,” tulisnya.

Semoga perkongsian dan ingantan dari Haiza ini dapat dimanfaatkan semua.

Sekadar informasi, Haiza dilahirkan pada 2 Februari 1980 di Pontian, Johor.

Foto: Instagram Haiza Hanafi

IKLAN