Atas faktor minat dan ingin terus berkarya dalam seni, salah seorang anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish memberitahu mereka bakal muncul dengan sebuah single baru sekitar Mac depan, selepas 11 tahun tidak muncul menerusi mana-mana produk baru secara berkumpulan.

Mengulas mengenai reunion tersebut dengan lebih lanjut, Cat menjelaskan kemunculan semula kumpulan hip hop dan RnB Soul itu berpunca daripada idea seorang lagi ahli kumpulannya, Amer sekitar dua tahun lalu.

Selapas 11 Tahun, Ruffedge Kini ‘Is Back On Track’!

IKLAN

“Idea untuk kembali bersama sebenarnya sudah dirancang sejak dua tahun lalu. Cuma berlaku sedikit kekangan kerana pada fasa sekarang, masing-masing sudah mempunyai komitmen dan kerjaya sendiri. Bagaimanapun, atas dasar minat dan kecintaan untuk terus berkarya menyebabkan akhirnya idea yang dicetuskan pada 2016 akan berjaya direalisasikan.

 

“Alhamdulillah setelah dua tahun, akhirnya kami berjaya melaksanakannya pada tahun ini. Macam-macam yang sudah kami rancang bersempena dengan comeback ini. Antaranya ialah untuk mengadakan persembahan eksklusif bersama para peminat setia kami,” katanya kepada MH.

Cat, mewakili ahli kumpulannya yang lain memberitahu demikian ketika ditemui di sidang media Meraikan Ulang Tahun Boboiboy di Pejabat Kemajuan Negeri Perak, Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Ruffedge yang cukup sinonim menerusi lagu Bila Rindu, Tiada Lagi Cinta dan Tipah Tertipu ini juga turut membuat persembahan pertama mereka secara umum sempena meraikan hari jadi animasi bersiri popular Boboiboy di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak pada 17 Mac depan.

IKLAN

Pada masa sama, MAPS turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah bermula dari 17 hingga 25 Mac depan, termasuk persembahan daripada artis terkenal lain seperti Bunkface, Altimet, Joe Flizzow dan SonaOne.

https://www.youtube.com/watch?v=hGCenFR6qg4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI