Selamba Jer Anak DP Eina Azman Kunyah Petai, Netizen Ramal Akan Muntah. Tapi…

Share

Keletah anak Datin Paduka Eina Azman, Karl Kareef mengunyah petai secara mentah telah dikongsikan pelakon tersebut menerusi laman Instagram.

Video yang mendapat tontonan hampir 500,000 tontonan ini menyaksikan salah seorang anak kembarnya itu ibarat ikut jejak langkah si ibu yang juga penggemar petai.

Kata Karl apabila disoal, “I like petatai.”

Namun, ada yang mengandaikan rakaman ini sekadar hiburan dan Karl akan memuntahkan petai yang dimakan.

“Pretty sure he vomits at the end.”

Selebriti ini kemudiannya memberi reaksi terhadap kenyataan individu tersebut dan menegaskan tiada sesiapa yang memaksa anaknya makan petai.

“Takde yang paksa nya. Bukan karl di suap. Dia sendiri amik petai dari mangkuk. Kalau takde benda nice nak ckp diam lebih baik. Tq,

” tulisnya.

Walau bagaimanapun, netizen juga menyatakan kekaguman melihat gelagat si cilik ini mengamalkan ulam-ulaman terutamanya petai.

Foto : Instagram Eina Azman

IKLAN