“Selamat Tinggal Semua, Terima Kasih Kerana…,” – Sarah Hildebrand Umum Bersara

Share

Pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand mengejutkan ramai selepas mengumumkan persaraannya daripada industri seni tanah air.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram pagi tadi.

Menurut Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, dia tidak akan melibatkan dirinya dalam apa jua bidang membabitkan industri seni selepas ini.

“Saya rasa ini merupakan cara yang terbaik untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa saya sudah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia.

“Saya tidak lagi akan menerima sebarang tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara TV.

“Saya memang ada menerima beberapa tawaran daripada pelbagai rumah produksi tetapi saya mintak maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas. Saya sudah berhenti,” katanya.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Sarah turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama inj

Katanya lagi, dia juga tidak mungkin dapat melupakan segala kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar anak seni.

“Viralkan video ini supaya lebih ramai orang tahu. Selamat tinggal semua. Terima kasih kerana menerima saya sepanjang lebih satu dekad penglibatan saya di dalam industri seni ini.

“Terima kasih untuk segala kenangan pahit dan manis. Saya akan sentiasa kenang setiap memori dan pengalaman yang telah saya lalui.

“Ia sememangnya mematangkan saya sebagai seorang manusia dan juga penggiat seni. Kita jumpa lagi diwaktu dan ketika yang lain,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menghormati keputusan tersebut selain turut menitipkan ucapan semoga Sarah akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya nanti.

“Kami kami merindui untuk melihat awak di kaca tv. Semoga berjaya dalam apa jua yang awak lakukan.

“Walau apa jua sebabnya, saya mendoakan yang terbaik untuk kehidupan awak. Semoga awak terus berjaya di luar sana.

“Kami akan merindui awak Sarah. Selamat maju saya. Salam sayang dari Singapura.

“Semoga terus maju ke hadapan. Saya sentiasa doakan untuk awak.

“Selamat bersara Sarah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, sepanjang bergelar anak seni, Sarah telah membintangi pelbagai drama-drama tempatan seperti Rindu Awak 200%, Suami Tanpa Cinta, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Sarah Hildebrand, Carian Google

 

IKLAN