Selamat Tinggal, Mak,” – Ibu Linda, Diana Rafar Telah Pergi Mengadap Illahi, Al-Fatihah

Share

“Selamat tinggal, Mak…,” itu tulis pelakon dan penyanyi Diana Rafar menerusi Instagram beberapa jam lalu bagi mengesahkan ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73 telah pergi mengadap illahi di sebuah pusat perubatan, awal malam tadi.

Malah, berita dukacita itu turut dikongsi kakaknya, Diana Rafar menerusi platform sama.

Linda memuat naik sepotong video yabg merakam momen bersama Allahyarham sambil berlatarkan surah Yassin.

Malah, dia turut memuat naik status menerusi Insta Stories.

Media sebelum ini melaporkan tangan kiri ibu Diana dan Linda terpaksa dipotong hingga ke bahagian siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember lalu di Hospital Shah Alam.

Foto: Instagram Linda, Diana

IKLAN