Nampaknya teka-teki tentang penarikan diri pengacara Melodi terjawab! Sebelum ini pelbagai spekulasi timbul apabila cerita Janna Nick yang bakal mengacarakan Melodi menjadi perbualan hangat di Media Sosial.
Secara tidak langsung ramai dapat mengagak, Melodi bakal menukar pengacaranya. Tambah pula bila salah seorang pengacaranya iaitu Awal Ashaari mula mengantikan Nabil dalam program MeleTOP baru-baru ini.
Selamat Tinggal Awal Ashaari! No More Awal Di Melodi!
Beberapa jam yang lalu, Awal ada muat naik dua keping gambar mengandungi ucapannya kepada semua pengikutnya.
Setelah mengendalikan program TV tersebut hampir 6 tahung, akhirnya tiba masanya buat awal mengundurkan diri dan keluar dari zon selesanya.
“Assalamualaikum wbt. Saya ingin berkongsi yang saya dengan ini mengundur diri dari Program Melodi setelah hampir 6 tahun mengendalikan program ini.
“I have finally come to realize that I need to be out of my comfort zone. Enam tahun adalah masa yang cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program,” tulisnya di Instagram.
Awal sempat berterima kasih pada semua management team, krew dan wartawan Melodi yang sentiasa berhempas pulas untuk memastikan rancangan tersebut terus relevan.
Malah, dia turut berterima kasih pada rakan-rakan artis yang pernah mengacara program tersebut bersamanya.
Buat peminat rancangan tersebut, Awal turut meminta maaf andai sepanjang dirinya mengacara ada mengguris hati penonton dan berharap agar semua memahami tugasannya yang hanya sekadar menghiburkan semua orang.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Apapun MH doakan yang terbaik buat Awal dan harap keputusan yang diambil ini adalah keputusan yang terbaik!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI