Selamat Tiba Di London, Misi Rawat Kanser Mulut Germ Cell Tumor Ainul Mardiah Kini Bermula

Share

Dr. Amalina Bakri menerusi Instagramnya sehari lalu ada memaklumkan, adik Ainul dan kedua ibu bapanya telah selamat sampai di London bagi meneruskan misi merawat kanser mulut Germ Cell Tumor dihadapi bayi kanak-kanak berkenaan.

Doktor muda dari Malaysia itu merakamkan ucapan terima kasih buat semua pihak terlibat dalam misi bantuan tersebut.

“Alhamdulillah, Ainul, Safi and Erwani have arrived in London. Thank you to Malaysian anaesthetists who accompanied Ainul while on the plane, a team of Malaysian doctors (residing in the UK) who helped out with the logistics, as well as @malaysiaairlines and Malaysian High Commission in London.

“Last but not least, thank you Malaysia. It took a village to ensure that Ainul could arrive here safely. Please respect the family’s privacy during this difficult time. Let’s all pray for baby Ainul. p/s: I am sorry I cannot give any details due to patient confidentiality, thank you. #Pray4BabyAinul,” tulisnya.

Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi positif rakyat Malaysia yang rata-ratanya mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sebelum ini, penderitaan yang dialami Ainul Mardiah menarik perhatian Dr Nur Amalina yang berusaha berbincang dengan sekumpulan doktor pakar di UK bagi melakukan pembedahan ke atas bayi perempuan itu.

Bagaimanapun, kos rawatan bagi membuang ketumbuhan dan rawatan susulan bayi perempuan itu di UK dianggarkan menelan kos kira-kira RM1 juta.

Sementara itu, bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak turut berkongsi perkembangan misi rawatan.

Foto: Instagram Dr Amalina/Facebook Ahmad Safiuddin

IKLAN