“Selamat Menunaikan Ibadah Umrah,”- Emelda Rosmila & Suami Berangkat Ke Tanah Suci

Share

Terbaru, bekas pelakon Datin Emylia Rosnaida ada berkongsi cerita bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi isteri kepada Datuk AC Mizal itu, adiknya Emelda Rosmila bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Difahamkan, ia turut disertai suami dan anaknya.

“Selamat Menunaikan Ibadah Umrah mama @rokiahibra @emeldarosemila @adlinamanramlie @edrarafaeladlin ..

“kami doakan selamat pegi dan pulang @dacdatoac @fea_eryssa_ @rynsariena @erryrezza @elysha_xandrea,” tulisnya.

Melihat di ruangan entri berkenaan, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan Emelda sekeluarga dipermudahkan.

Sekadar informasi, bakat lakonan pasangan adik-beradik ini mulai dikenali sekitar tahun 2000.

Semoga semua jemaah mendapat umrah mabrur, amin.

Foto: Instagram Emyliadac, Emelda Rosemila

IKLAN