“Selamat Jalan,” – Tunai Haji Sendirian Tanpa Mahram, Erra Fazira Sedang Tunggu Penerbangan Ke Tanah Suci

Share

Erra Fazira kini sedang menantikan detik untuk berangkat ke tanah suci, bagi mengerjakan haji.

Difahamkan primadona alaf baru itu telah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain.

Sementara itu menerusi Insta Stories juru solek merangkap sahabat kepada bintang berkenaan, Erra dilihat memeluk erat anak tunggalnya, Engku Aleesya sambil kyusuk mendengar alunan azan.

“Terdahulu, heroin Hingga Hujung Nyawa berusia 45 tahun ini menerusi laporan media menyebut, dia akan terbang ke Makkah selama dua minggu sendirian.

Malah, Erra mengakui sudah pendam hasrat untuk melakukan haji lebih lima tahun lalu.

“Lima tahun saya simpan hasrat dan ada syarat-syarat perlu dipatuhi, tahun ini masa sesuai tambahan pula usia pun dah layak.

“Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. Ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri, maklumlah tak ada mahram,” katanya seperti yang dipetik mStar.

Pada masa sama, Erra yang turut berdoa agar haji yang bakal ditunaikan kelak mendapat haji mabrur.

Foto: Instagram Erra Fazira

IKLAN