Awal semalam, pengacara Dayah Bakar ada memberikan dedikasi paling istimewa buat suami tercinta, Kapten Muhammad Hanif Hamidi, bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Kongsinya menerusi Instagram bersama pautan foto si suami yang sedang bertugas, Dayah menitip rasa syukur atas pengorbanan imamnya itu.
“Selamat Hari Pahlawan, satriaku. Meski mungkin ada yang tidak memahami, apatah lagi menghargai dan menghormati tugasanmu yang berbekalkan keringat dan darah, malahan nyawa yang dipertaruhkan, aku disini mendukung sosok pahlawan yang bernama suami, anugerah kebaikan dari Tuhan kepadaku.
“Berjuang atas nama cinta dan perjuangan hanya untuk yang terpilih sahaja.
“Dengan ini saya juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua pasukan keselamatan negara yang bertugas, juga kepada mereka yang telah pergi dalam menjalankan amanah.
Ads
“Tidak dilupakan juga semua wanita-wanita kuat yang menjadi srikandi dalam mendukung moral, kebahagiaan kehormatan pahlawan-pahlawan negara,” tulisnya penuh makna.
Dayah dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 29 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang dirai penuh meriah di Kuala Lumpur.
Terdahulu media melaporkan, sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan.
Ads
Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada jam 7.10 malam, 18 September di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Sementara sesi Istiadat Perbarisan dijadualkan akan dilangsungkan pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dan khutbah khas dan solat Jumaat pada 20 September di Masjid Negara.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh perisytiharan asal pada 31 Julai adalah bagi memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datin Seri Shahida dan ibu mertuanya, Rozita Ibrahim bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji.
Kedua-dua figura popular ini dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berdasarkan perkongsian di laman Instagram.
Menurut isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, walaupun tanpa suami dan anak-anak tercinta, namun pemergiannya ditemani anak dalam kandungan.
“ لبيك اللهم لبيك .. لبيك لا شريك لك لبيك .. إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah
“Alhamdulillah ….tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di Bumi Mekah…..tidak keseorangan bersama anak saya yg masih di alam rahim. yg temankan saya sepanjang berada di sana.
“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yg saya dapat hingga membuatkan saya berkobar2 tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.
“Alhamdulillah tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni. doakan saya dan bayi dlm kandungan diberi kesihatan yg baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur.
“Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tgh hamil….terima kasih sudi bg peluang pada saya dan jagakan anak2…jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak2 terutama yusoff yg masih kecil.
“Tapi saya yakin Insya Allah anak2 saya dlm perlindungan yg Maha Esa…kepada semua sahabat samada yg mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yg membuatkan anda tersinggung,” luahnya.
Menjengah ke laman sosial Bonda Rozita pula, dia turut memohon doa agar dipermudahkan urusannya mengerjakan ibadah haji.
“Abah dgn yusuf tinggal ya..bonda mendoakan semua anak2 sy , family , staf , pengedar jutawan bonda seluruh followers yang banyak mendoakan saya dlm musafir mengerjakan ibadah haji .
“Ya Allah semoga mereka semua ini dan seluruh muslimin muslimat mendapat taufik hidayah dipermudah urusan hidup dn mencari rezeki akn dijemput untuk mengerjakan ibadah haji juga sebagaimana Alalh jemput sy pada tari ini .
“Ya Allah memakbulkan hajat-hajat yang kalian minta saya doakan disampaikan Tanah Suci nanti.
“Berbanyak2 terima kasih kod follower bersahabat dgn saya dan memberikan komen baik serta kita bersilahturahmi dengan sebaik baiknya di dalam IG saya ini salam sayang dari bonda.
“Sgt sy hargai sy x tau nak balas budi baik penguna dn followers dn reZeki ni sy sampaikan juga kpd jalan2 Allah,” tulisnya.
Sedang hamil 5 bulan ketika mengerjakan ibadah haji ketika ini, Datin Seri Shahida sedar ramai yang bimbang akan keadaannya saat berada di Tanah Suci.
Namun jelasnya, dia masih punya kekuatan untuk menunaikan ibadah dan tawaf mengelilingi kaabah.
Kongsi usahawan ini lagi, dia terpaksa menyewa skuter berharga kira-kira RM55.00 untuk mengerjakan saie dari Sara ke Marwah.
“Banyak juga yg tanya larat ke saya tgh pregnant jalan kaki lama2. Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi kaabah…cuma ketika saie Dari safa ke Marwah saya naik skuter ni.
“Bawa sendiri, satu orang 50 Riyal. Kat Masjidil Haram ni mcm2 kemudahan ada bagi mereka yg kurang berkemampuan,” maklum Shahida.
Pada masa sama, isteri Aliff Syukri ini huga memaklumkan dia dan rombongan lain akan menuju ke Arafah, esok.
“Insya Allah esok kami akan berangkat ke Arafah. InsyaAllah doa2 sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf.
“InsyaAllah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka.
“Sebanyak-banyak malaikat turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya. Begitulah hebat nya hari Arafah,” tulisnya.
Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrul Rahdi Khamaruddin ada berkongsi berita sedih bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Fakhrul, terdapat tiga sekeluarga telah meninggal dunia akibat terbabit dalam sebuah kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira pada pukul 3.30 pagi tadi.
Difahamkan, antara yang maut dalam kebakaran tersebut sepasang suami isteri dan seorang bayi lelaki berusia 1 tahun.
Lantas, penyanyi yang mewakili kumpulan UNI untuk program Muzikal Lawak Superstar itu telah menitipkan salam takziah kepada ahli keluarga.
“InsyaAllah Syahid & Syurga buat keluarga ini..takziah buat seluruh ahli keluarga..moga Allah ampun dan angkat darjat disisiNya. .#Repost @kosmo_online,
“Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga sepasang suami isteri, Mohd. Sharidan Abdul Aziz dan Siti Rafini Mohd. Rafiee serta bayi mereka Rafiq Sharidan berusia setahun yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.
“Mayat mereka ditemui rentung di dalam bilik utama rumah tersebut. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada ketiga-tiga mangsa supaya roh mereka tenang di alam sana dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.Amin. #alfatihah #takziah #rumahterbakar#rentung Foto oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR,” tulisnya.
Setiap perkara yang berlaku adalah kuasaNya, semoga roh arwah keluarga ini dicucuri rahmat. Salam takziah.
Terkini, ketiga jenazah terbabit sudah dibawa ke Hospital Slim River, Perak untuk dibedah siasat dan sudah selamat disembahyangkan di Masjid Jamek Slim River.
Foto : Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.