“Alhamdulillah. Puji Syukur. Telah lahir putri kami “SERENATA JIVA ANDREAN”. Pada hari Kamis, tanggal 22 July jam 22.00.
“Berat: 3.6kg. Tinggi: 52cm. Selamat datang di Bumi ini, Nak. Selamat memulai menjalani kehidupan cahaya Semesta-mu dengan penuh Cinta dan Kasih,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Kevin turut memaklumkan dia dan isteri telah pun bersepakat untuk menamakan puteri mereka itu Serenata Jiva.
Malah, wajah penuh anaknya itu turut dikongsikan di platform tersebut buat tatapan umum.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Kevin dan isterinya.
“Selamat buat kalian berdua.
“Welcome to the world baby girl yang montok. Mama cantiknya cepat pulih.
Ads
“Selamat ya Kevin. Welcome to parenthood.
“Congrats ya Kevin. Semoga bayi dan ibunya sihat terus.
“Selamat Bang Kev, Semoga menjadi anak yang solehah dak berguna buat masyarakat,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Kevin dan isterinya, Sylvia Fully telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Oktober 2020.
Ads
Sylvia sebelum ini pernah berkahwin bersama Eka Taufik Syah Putera pada tahun 2015 sebelum bercerai pada 2017.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sylvia telah pun dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mikhael Dharma Putera.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Kevin Adrean
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Makan malam serba eksklusif, “The Enchanted Night” anjuran Majalah Nona pada Rabu khusus bagi meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022 sebelum ini.
Nona Superwoman Award yang pernah diadakan sebanyak tiga edisi itu adalah untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Menerusi majlis sama yang dilangsungkan di Zebra Square Kuala Lumpur, turut memperkenalkan kempen terbaharu mereka iaitu Nona No. 1 Inspirasi Wanita.
Kempen Nona No.1 Inspirasi Wanita ini bertujuan untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita-wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
Menurut Kiffy Razak selaku Head of Business (Women), majlis ini diadakan sebagai usaha menyatukan para wanita hebat daripada pelbagai bidang di Malaysia.
“Dengan adanya hubungan ini, Majalah Nona sebagai satu platform penanda aras wanita sukses dan media gaya hidup yang dipercayai dapat saling membantu satu sama lain serta membantu masyarakat melalui pelbagai program CSR.
“Menyedari tiada lagi mana-mana platform wanita yang kukuh memperjuangkan pelbagai sisi positif wanita, tiga portal Nu Ideaktiv iaitu Nona, Mingguan Wanita dan Hijabista kini bergabung di bawah satu payung yang dikenali Segmen Wanita. Di sinilah tempatnya wanita dapat meluahkan perasaan, berkongsi kejayaan dan bergembira,” katanya.
Istimewa, ikuti gaya ‘memancing’ perhatian para tetamu yang hadir kala menyerikan majlis makan malam “Nona The Enchanted Night”. Mana satu yang paling ‘wow’?
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain itu, penyanyiyang popular dengan lagu Sesungguhnya akui berasa gementar untuk cabaran berbasikal kerana jaraknya yang terlalu jauh.
“Paling gementar cabaran berbasikal. 180km, that’s a long ride ladies and gentleman,” tulisnya lagi yang sudah dua tahun berturut-turut menyertai kejohanan tersebut.
Cabaran Ironman merupakan sebuah kejohanan yang menguji ketahanan fizikal setiap peserta.
Difahamkan, seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah mengesahkan penyertaan untuk tahun ini.
Terdahulu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Janna Nick dilihat tampil membuat laporan polis, dipercayai dibuat terhadap pemilik akaun yang mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah di laman media sosial terhadapnya, baru-baru ini.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,26, menyatakan kesemua tangkap layar (screenshot) akaun terlibat telah diambil oleh pihak berkuasa untuk tindakan susulan.
“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.
“Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi dua ciapan (tweet) di laman Twitter miliknya, pada awal pagi tadi.
Sebelum ini, nama pelakon Marry Me Senorita itu menjadi bualan ramai sehinggakan trending#jannanickisgoingtojailparty di Twitter.
Janna dikatakan telah mencetuskan kemarahan peminat Kpop apabila dia dan pelakon Sharifah Sakinah didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Tampil membuat penjelasan dan tidak mahu panjangkan isu, pelakon tersebebut turut bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan terhadap isu beberapa tahun lalu yang ditularkan kembali.
Terkini, akaun rasmi Twitter dan Instagram (IG) milik bintang berkenaan sudah tidak ada lagi.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Janna deactive sendiri atau ia hasil report yang dibuat oleh peminat K-Pop terhadap IG dan Twitter terbabit.
Buat masa ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak hos Melodi itu berhubung isu terbabit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian video terkini penyanyi Iman Troye di platform TikTok malam tadi menjadi sorotan warganet.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Iman memaklumkan dia ke...