Pasangan penyanyi popular Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 15 Februari yang lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pasangan tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram sehari selepas anak mereka dilahirkan.
“Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025. Selamat datang bintang kecil,” tulis mereka.
Selain itu, pasangan bahagia itu turut mendoakan agar anak pertama mereka itu membesar sebagai individu yang berbakti dan solehah.
“Semoga kelak menjadi anak yg berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak. Mohon doanya semuanya,” sambung mereka lagi.
Sekadar info, Mahalini dan Rizky Febian telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mei 2024 dalam satu majlis di Jakarta.
Ads
Walaupun begitu, pasangan ini melakukan akad nikah sekali lagi pada 27 Disember tahun yang sama atas alasan akad terdahulu tidak sah dari sudut undang-undang syariah Indonesia.
Sebelum berkahwin dengan Rizky, Mahalini yang merupakan anak jati Bali merupakan penganut agama Hindu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam satu taklimat pada Khamis, mengesahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian pesawat penumpang milik American Airlines (AAL) yang bertembung di udara dengan sebuah helikopter tentera.
Seramai 64 orang, termasuk penumpang dan anak kapal pesawat, serta tiga anggota tentera di dalam helikopter, telah terkorban.
“Ini adalah malam yang gelap dan menyakitkan dalam sejarah negara kita. Ia adalah satu tragedi yang amat dahsyat. Sebagai satu negara, kita berkabung atas kehilangan setiap nyawa yang terjadi secara tiba-tiba ini,” Ucap presiden AS ke-47 itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif American Airlines, Robert Isom, turut menyatakan kesedihan syarikat penerbangan itu terhadap insiden malang yang berlaku.
Pesawat yang terlibat adalah sebuah Bombardier CRJ700 yang dikendalikan oleh PSA Airlines, anak syarikat American Airlines.
Imbas kembali, pesawat dengan nombor penerbangan 5342 itu sedang dalam penerbangan dari Wichita, Kansas, ke Washington, D.C., sebelum bertembung dengan sebuah helikopter Sikorsky H-60 sekitar jam 9 malam, menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Pesawat Bombardier CRJ700 ini tidak mempunyai sejarah masalah teknikal dan sering digunakan untuk penerbangan jarak dekat.
Menurut beberapa laporan media, pesawat tersebut membawa sekumpulan atlet luncur ais, jurulatih mereka, serta ahli keluarga yang sedang dalam perjalanan ke ibu negara.
++Untuk berita terkini serta hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan luahan hati yang dikongsikan oleh penyanyi Aina Abdul yang teruk menjadi mangsa kecaman netizen, rakan seperjuangan, Ernie Zakri akui dia juga perlu berhadapan situasi sama.
Bagaimanapun, Ernie percaya Aina seorang wanita dan penyanyi yang cekal untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.
“Situasi ini kerap berlaku kepada penyanyi wanita? Itu saya kurang pasti. Namun, saya juga sama seperti Aina Abdul yang selalu menjadi mangsa buli siber hampir setiap hari.
“Saya tidak berada di tempat Aina tapi saya faham apa yang beliau rasakan lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku di AJL39, baru-baru ini. Impaknya sangat luar biasa kepada kesihatan mental kita.
“Mungkin Aina menjadi sasaran kerana beliau mempunyai reputasi yang sangat besar dan sedang terbang tinggi ketika ini. Jadi, mungkin namanya lebih ke depan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Aura itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Pengumuman Konsert Universal Music Malaysia di Le Meridien, Petaling Jaya pada Selasa.
Katanya lagi, dia akan memilih untuk menjauhkan diri daripada platform media sosial buat sementara waktu lebih-lebih lagi selepas membuat persembahan besar.
“Saya biarkan keadaan surut sahulu. Kalau kita baca, memang sangat sakit. Namun, saya tahu Aina kuat dan ini bukan pertama kali beliau berhadapan situasi seperti ini.
“Saya ada terbaca apa yang Aina lalui. Saya pun tak faham kenapa kita perlu buat keadaan itu jadi sebegitu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ernie turut mengingatkan kepada setiap kumpulan peminat untuk berpada-pada ketika memberikan komen di media sosial.
“Kalau kita sayang seseorang artis, mereka perlu menjaga nama baik artis tersebut. Saya tak kata peminat saya sempurna. Mereka ada juga buat silap.
“Tapi menjadi tugas saya untuk memaklumkan kepada mereka supaya tidak menuding jari. Saya akan cuba neutralkan keadaan.
“Saya tak kata mereka akan ikut cakap saya tapi saya cuba yang termampu.
“Aina selalu kata bahawa peminatnya seperti tentera. Mereka selalu lindungi Aina. Cuma ada kalanya terlalu berat untuk kami baca perbalahan di media sosial.
“Perang antara peminat ini sudah lama berlanjutan. Saya harap Aina akan okay.
Saya sentiasa mendoakan kejayaannya,” katanya lagi.
Ditanya samada dia kesal apabila rata-rata artis wanita perlu berhadapan situasi seperti ini, Ernie memaklumkan dia tidak berdaya untuk mengawal setiap tindak tanduk manusia.
“Rasa kesal, bengang dan marah itu sudah tentu ada. Kita manusia biasa. Bila kita baca sesuatu isu, kita pun jadi tak faham. Bila tiada isu tapi tetap diwujudkan juga.
“Kita tak boleh kawal orang lain. Saya hanya kawal apa yang mampu saya buat. Contohnya, saya akan nasihat supaya jangan gaduh di platform X.
“Namun, kalau mereka tetap nak bergaduh, ia akan berlaku juga. Saya pun tak pasti macam mana nak lalui situasi ini. Ada kalanya, bagus juga ada kes saman-menyaman ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mona Allen menitipkan dedikasi terhadap kesungguhan serta profesionalisme pengacara sensasi, Azwan Ali, ketika terlibat dalam penggambaran sebuah projek drama arahan suaminya, Pekin Ibrahim, baru-baru ini.
Menurut Mona, atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, Azwan yang sinonim disapa sebagai Diva AA itu telah mempamerkan kualiti lakonan yang baik sekaligus membuatkan keseluruhan proses penggambaran berjalan lancar dan teratur.
“Paling mengejutkan, bila bekerja dengan Diva AA, dia sangat berbeza. Sifat dan pemahaman Diva AA sungguh di luar kotak. Sangat mudah bekerja dengan dia.
“Faham tugas yang diberi. Kali ini, kita tukar watak sebenar Diva AA kepada sosok seorang ayah.
“Tepat pilihan kami. Dia menjagakan watak yang diberi dengan sangat baik,” tulisya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Mona pada masa sama turut mendedahkan Azwan disifatkan sebagai seorang yang sangat menjaga disiplin dan komited terhadap kerja.
“Tak banyak kerenah. Datang paling awal ke set. Call time pukul 2 petang, pukul 6 pagi dah sampai set.
“Dia study character dari baca script hingga dari segi pemilihan pakaian dan look,” kongisnya lagi.
Malah, pelakon filem Hati Yang Dikhianati itu turut berpendapat sudah tiba masanya Azwan diberikan pengiktirafan seperti mana anak-anak seni seangkatannya.
“Masya-Allah. Hebat seorang yang bernama Azwan Ali. Hairan, kenapa dia tidak diangkat seperti seniman lain? Sangat-sangat profesional di set. Brilliant mind and thinking.
“Yang penting tidak susahkan orang di set. POV from Mona Allen. Ramai yang DM tanya dan saya rasa terpanggil untuk bersihkan namanya. Dont judge a book by its cover!,” akhirinya.
Terdahulu, Azwan menarik perhatian ramai setelah muncul di dalam muzik video lagu terbaharu daripada penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang berjudul Lagu Lelaki Gila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mona Ellen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.