“Selamat Berpuasa, Jangan Drive-Thru!,”- Pesanan Kelakar Janna Nick Kepada Peminat Sempena Ramadan

Share

Pelakon Janna Nick telah berkongsi satu video menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi.

Menariknya, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner telah membaca niat untuk berpuasa dan memberi pesanan kepada peminatnya dalam rakaman video tersebut.

“SEBELUM TIDOQ…JOM NIAT PUASA!!!!selamat menyambut ramadhan al Mubarak”tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon yang berusia 23 tahun itu turut memberi nasihat kepada peminatnya untuk tidak ‘drive-thru’ membeli makanan di siang hari sepanjang bulan ramadan.

Rata-rata peminat berasa terhibur apabila melihat gelagat Janna yang sangat kelakar dan menghiburkan.

Comel jer Janna bagi nasihat dekat peminat sempena bulan ramadan ni.

Video : Instagram Janna Nick

IKLAN