“Selama Ni Tengok Orang Buat Swab Test Nampak Macam Sakit, Tapi…,” – Cik Manggis Cerita Penglaman, Nak Kerja Dengan Hati Tenang

Share

Penyanyi dan pelakon, Cik Manggis ada berkongsi penglamannya ketika melakukan ujian saringan Covid-19 baru-baru ini.

Jelas pemilik nama lengkap Nurshazwani Shamsuddin ini, dia pada awalnya menyangka proses berjalan agak menyakitkan.

Bagaimanapun, situasi sebaliknya yang berlaku. Cik Manggis pada masa sama turut menyatakan keputusan yang diterima adalah negatif.

“Selama ni tgk org buat swab test nmpk mcm sakit, but surprisingly okayyy je (or is it because they’re extra gentle?)

“Did a swab test at @kumpulan_megaklinik_zahran cuz lusa nak shoot with my babies @defamofficial!

Alhamdulillah, result came out in 2-3 hours and its negatif.

“Go swab test sebagai langkah berjaga2 if u nak berkerja n jumpa ramai org so we can stop covid 19 from spreading ok! Okay let’s work dengan tenang hati,” kongsinya.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi terhadap video yang sudah pun ditonton lebih 80,000 kali itu.

Foto: Instagram Cik Manggis

IKLAN