“Selama Kenal, Ni Yang Paling Cantik,”- Instafamous Hafiz Mahamad Suka Tengok Isteri Sarat Hamil, Sweet!

Share

Instafamous Syafiqah Aaina kini sedang hamil anak sulung hasil perkongsian dengan suami tercinta, Hafiz Mahamad.

Terdahulu, Hafiz pernah mengumumkan berita gembira itu pada pertengahan bulan lalu apabila Syafiqah kini hamil serta ada berkongsi video imbasan ultra sound di Instagramnya.

Terbaru, Hafiz telah memuat naik sekeping gambar dan memuji kecantikan isterinya itu, meski sedang sarat hamil.

“Kenapa selama kenal, ni yang paling cantik..

“I can’t wait! Alhamdulilah,” tulis Hafiz. 

Lalu, netizen turut sama memuji kejelitaan Syafiqah yang tampak berseri-seri sebagai ibu mengandung dan mendoakan agar kedua-nya berada dalam keadaaan baik dan sihat. 

Untuk rekod, pasangan Instafamous ini mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Foto : IG Hafiz Mahamad

IKLAN