“Selalunya Time Ni Sis Dah Dekat Highway,” – Buat Persiapan Raya, Sheila Rusly Kongsi Cerita

Share

Tidak dinafikan, sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Tambahan pula, pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat untuk sambutan hari raya Aidilfitri ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), antaranya tidak membenarkan penduduk melakukan perjalanan rentas negeri.

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Sheila berkongsi momen ketika membuat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama peminat.

“Gigih Tok Sidang pasang panjut!! 3 hari lagi nak Raya komer.

“Selalunya time ni sis dah dekat highway @jinggo_jspictures #takbalikkampung #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat ada menitipkan ucapan Aidilfitri kepada Sheila sekeluarga di ruangan komen entri berkenaan.

Foto: Instagram Sheila Rusly

IKLAN