“Selalu Pesan Yang Baik-Baik Kat Ibu,” – Diana Danielle Dedah Sikap Sebenar Anaknya Yang..

Share

Memiliki cahaya mata merupakan satu rahmat dan kebahagiaan kepada setiap insan yang bergelar ibu.

Pelakon, Datin Diana Danielle meluahkan rasa terharu kerana dikurniakan seorang anak yang bersikap penyayang.

Menerusi entri terkini Diana di Instagram, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan sikap penyayang anak pertamanya, Muhammad.

Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini memaklumkan sikap Muhammad sangat mirip dengan sikap suaminya, pelakon Farid Kamil.

“Dah darjah 3 awak ni and you are more and more like Babah. Selalu pesan yg Baik-Baik kat Ibu.

“Kalau nampak je something yg Babah mungkin takkan suka or tak agree with, cepat-cepat dia pesan kat adik & Ibu dia.

“Betul-betul Babah’s little watcher ni. Haritu Ibu tak sihat, dia pesan “doa to Allah for good health Ibu.” Such a wise and caring boy eeee I love u so much @chemad7,” tulisnya.

Terdahulu, Diana dan Farid telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 November 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Foto: Instagram Diana Danielle

IKLAN