“Selalu Orang Komen Baru Kahwin Boleh La, Tunggu 1 Ke 2 Tahun,” – Ayda Jebat Kongsi Video Nabil Kucup Manja Pipi, Lebih Molek Doa Yang Baik-Baik

Share

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ada memuat naik beberapa tangkap layar berkenaan pengalaman pengguna Instagram selepas memuat naik sepotong video bersama suaminya, Nabil Mahir.

Menerusi rakaman pendek yang dikongsikan menerusi Insta Story itu, Nabil dilihat beberapa kali mengucup manja pipi isteri tersayang.

Ayda turut bertanya sama ada suami peminatnya turut disifatkan sebagai ‘clingy’.

Lalu, Ayda memuat naik perkongsian dari salah seorang pengguna yang turut mengalami situasi hampir sama meski sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga.

“Cutelah! Kita redho berjemaah lah sis. Selalu orang comment cakap ‘baru kahwin boleh la, tunggu 1 ke 2 tahun’ oi! Ni dah 12 tahun tau still perangai sama.

“So ya, lain orang lain perangai, lain nasib. Doa yang baik je untuk semua kan senang,” tulisnya sambil membuat tanda hasthag #teamshubenclingy.

Malah menerusi paparan lainnya pula, Ayda ada berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang pengguna Instagram.

“Kan baik doa ‘bagus suami manja2, harap sampai ke tua dan bila-bila amin,” antara kata yang dibalas Ayda di dalam teks terbabit.

Terdahulu, kemesraan yang ditonjolkan pasangan selebriti ini menjadi perhatian ramai sejak sah diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu.

Aksi romantis mereka nyata mengundang reaksi pelbagai netizen dan ada yang mengusik mereka apabila Nabil sebelum ini secara berseloroh ada menyatakan hasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata.

Bagaimanapun, Nabil menjelaskan angka tersebut sebenarnya hanyalah nombor kegemaran dan tidak kisah mengenai soal rezeki zuriat selepas mendirikan rumah tangga bersama Ayda.

Foto: Instagram Ayda Jebat, Nabil Mahir

IKLAN