Penyampai radio, Linda Onn mengakui bangga bila melihat pencapaian yang telah diraih oleh rakan penyampai, Fara Fauzana sepanjang berkecimpung di dalam dunia penyiaran.
Jelas Linda, sewaktu di awal perkenalan mereka, Fara seorang penyampai baru yang sangat rajin bertanya lebih-lebih lagi mengenai dunia penyiaran radio.
Katanya lagi, setiap kali ada peluang untuk bertemu, Fara sering membawa pen dan buku nota untuk mencatit segala ilmu yang dikongsikan.
“Sewaktu di stesen radio Era saya merupakan ‘batch’ pertama bersama beberapa penyampai lain seperti Halim Othman, Kudsia Kahar, Khairil Rashid, Seelan Paul dan Jamal Jamaluddin.
“Kemudian datang pula batch baru seperti Kieran, Nila Kurnia, Nana Mahazan Fara Fauzana dan beberapa nama lain lagi.
“Bila masuk sahaja batch yang baru ini, yang paling rajin bertanya dan belajar adalah Fara Fauzana. Dia selalu datang ke studio sambil membawa buku dan pen untuk bertanya mengenai cara kerja penyampai radio. Bila dia rajin bertanya, kita pun suka untuk menjawab.
“Dalam hati saya pada ketika itu kuat merasakan yang dia akan menjadi seorang yang berjaya satu hari nanti. Ketika itu dia masing kosong dan mentah. Alhamdulillah, berkat dia rajin berusaha, tengoklah dekat mana dia sekarang,” katanya kepada MH.
Ads
Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikan ketika ditemui MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, Linda turut berpendapat para penyampai radio juga sebenarnya tidak boleh lari daripada kritikan masyarakat.
“Zaman saya memang tiada sosial media pada waktu itu. Tapi kalau orang memang niat nak menghentam, mereka akan buat juga.
Ads
“Cuma nasib baik zaman saya sosial media belum meluas lagi. Dihujung-hujung waktu saya masih aktif barulah nak start ada Facebook.
“Perkara seperti ini kita memang tak boleh nak elak kemudian banyak pihak pula yang tokok tambah cerita.
“Walaupun kerja dengan disiplin mereka bagus, kalau orang nak mengata, mereka akan buat juga.
Ditanya mengenai masalah disiplin melibatkan penyampai radio sejak kebelakangan ini, ini reaksi yang diberikan oleh Linda;
Ads
Sewaktu kami di radio, soal penjagaan masa memang sangat penting. Kalau on air pukul 10, pukul 10 jugalah kita kena mula. Tak boleh balik awal atau mula lambat. Kita juga kena bersedia 30 minit atau 1 jam sebelum mula ke udara.
“Kalau bercerita mengenai tingkah laku para penyampai radio yang bermasalah sehinga ada ketika nama mereka viral kerana dikecam, saya rasa tak perlu ulas panjaglah.
“Saya hanya anggap mereka masih muda dan biarlah mereka tentukan jalan mereka sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Linda muncul dalam episod terbaru Media Hiburan Throwback yang akan bersiaran pada jam 9 malam ini di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Model dan hos, Ain Edruce sebelum ini menerima reaksi pelbagai warganet di media sosial selepas memuat naik fotonya yang memakai seluar meski baru seminggu bersalin anak pertama.
Menerusi resksi yang diberikan warganet, ada yang mendakwa Ain seolah-olah tidak jaga pantang dengan betul walaupun tujuan asal dirinya keluar adalah untuk membawa bayinya membuat pemeriksaan di hospital.
Terkini menerusi Instagram, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce menulis kapsyen dengan memaklumkan dia ke hospital sebagai rutin pemeriksaan anaknya pada hari ke-10 berpantang.
Pelakon, Datuk Adi Putra ada berkongsi kata-kata nasihat yang pernah disampaikan oleh ibu tersayang buat dirinya.
Menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya, aktor drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini sentiasa mengamalkan prinsip untuk bersedekah.
Jelasnya, prinsip ini telah diamalkan bagi dirinya untuk mengejar kejayaan di dunia serta akhirat.
“Ramadan Kareem. Didikkan dari Ibu sentiasa dalam diri.
“Kaya dan Susah manapun bukan ukuran, hidup ini harus Berprinsip dan Beramal.
“Untuk Kejayaan buat Akhirat dan Duniawi Jawapan terjawab dimana saya Berada kini.
“Ya, yg duduk itu Ibu saya. I Miss u Ibu #taatpadayangsatu,” tulisnya.
Pertama kali menyelami kehidupan sebagai penoreh getah, Ruhainies menyifatkan pengalamannya menjayakan watak sebagai Ellani menerusi drama Cukup Derita Itu (CDI) sebagai sesuatu yang berharga.
Menurut Ruhainies, watak berat yang dilakonkan menerusi drama yang kini bersiaran di slot Samarinda TV3 itu memberi ruang buatnya untuk mencuba perkara baru.
“Pertama saya jayakan watak penoreh getah.Nyatanya, untuk melakukan babak tersebut bagi saya ia agak sukar dan mencabar. Yelah, pertama kali kerja di ladang getah dengan memerlukan persediaan bagi realiti sebenar.
“Malah demi menghidupkan watak, pengarah Along Kamaluddin ambil inisiatif dengan upah pekerja sebenar untuk ajar cara toreh getah dengan betul.
“Nak pegang pisaukhas tu tak sama dengan pisau biasa kan. Pokok getah sensitif, tak boleh main toreh kena berhati-hati.
“Mungkin ramai tak tahu, masa buat babak di ladang tersebut, saya ikat ubat nyamuk dekat badan seharian sepanjang penggambaran. Seksa jugalah sebab saya memang alah pada asap,” katanya kepada MH.
Ruhanies pada masa sama menambah, percubaannya menerusi watak Illani secara tak langsung turut buka mata ramai terhadap prestasi lakonannya.
“Bukanlah nak kata saya sudah tahu semua, cuma menerusi drama ini, secara tak langsung dapat selami kehidupan golongan lain juga selain belajar perkara baru.
“Saya sedar, sebelum ini ada cakap-cakap yang kata saya mesti tak berani untuk jayakan watak sebagai gadis yang kerja dan hidup di desa. Selesa dengan watak orang bandar saja. Jadi inilah masanya untuk saya buktikan kemampuan.
“Alhamdulillah, maklum balas yang diterima penonton pun sangat positif. Bila mereka gembira, buatkan saya lebih semangat untuk berikan yang terbaik.
”Tuah saya juga dapat bersama dalam naskhah drama yang bagus macam ni,” katanya lagi.
Ditanya mengenai insiden lengannya yang digigit monyet ketika penggambaran, Ruhainies menjelaskan ia berlaku secara spontan.
“Pada awalnya monyet jinak tu okay saja, tiba-tiba mungkin kerana terkejut, monyet berkenaan menjadi agresif lalu gigit lengan saya yang berlapik baju.
“Setakat ini tiada apa-apa yang serius. Saya sudah dapatkan rawatan dan ahlamdulillah, semuanya okay,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.