“Selalu Curi Baju Suami Kita Je, Asal Boleh Janji Muat,” – Dayana Roza Dedah Pakai Pakaian Suami Sebab…

Share

Pelakon, Dayana Roza yang kini sedang sarat hamil cahaya mata pertamanya ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram.

Menurut Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, kebanyakan pakaian miliknya sudah tidak muat untuk dipakai atas sebab sedang berbadan dua.

Jadi, bintang berusia 30 tahun ini mengakui ada ketikanya dia akan mengenakan pakaian suami.

“MUATAN BERAT SILA IKUT KIRI baju semua dah tak muat, buat pekasam je dlm almari.

“Nasib ada @9months_maternity . penyelamat D time pregnant nak cantik2 sikit, selalu curi baju suami kita je asal boleh janji muat!.

“Untung suami kita tak slim sgt, jimat duit time PKP ni takyah beli tshirt besar2 dah @9months_maternity,” tulisnya seloroh.

Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga bersama A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember lalu.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Dayana Roza

IKLAN