“Selagi Bernafas, Saya Akan Sayang Kamu,”- Suami Mia Ahmad Beri Bayangan Konflik Rumah Tangga Kembali Pulih?

Share

Baru-baru ini status rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan suami, Mohd Izham Tarmizi Roslan telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak apabila Mia telah memadam gambar suaminya di Instagram.

Bagaimanapun, Izham yang merupakan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen yang berunsur kedamaian.

“My greatest treasure is, was, and always will be my family.
As long as i live, as long as i breathe, with every beat of my heart, i will love you. This i promise you. There is nothing else to see, coz they are my perfect harmony @mia.ahm4d @sayf.issa,” tulisnya.

Namun begitu, Izham telah menutup ruangan komen status berkenaan.

Mia sebelum ini telah memuat naik status di Instagramnya yang berkaitan emosi sedih seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan rumah tangga mereka kini bermasalah.

Foto : Instagram Mohd Izham

IKLAN