“Sekejap Masa Berlalu Rupanya…,” – Aidil Aziz Kenang Saat Jadi Tunangan Fasha Sandha

Share

Pelakon kacak, Aidil Aziz mengimbau l kenangan saat menjadi tunang kepada pelakon jelita, Fasha Sandha pada 18 November tahun lalu.

Aidil telah berkongsi momen tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Sambil merakam rasa syukur,  Aidil akui pertunangan yang diikst bersama isteri sudah mencecah setahun.

“Last year 18/11 kami bertunang. Sekejap masa berlalu rupanya dah setahun.

“Alhamdulillah untuk segalanya. Happy Engagement Anniversary for us @itsaidilaziz & @fashasandha

“Tqsm for everything @fashasandha (gf,fiance,wife) #aidilfasha,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 30 Mac lalu da  Fasha telah menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Jalan Kangar, Padang Besar, Kangar, Perlis.

Di samping itu, Fasha telah menerima 7 dulang hantaran dan berbalas 5.

Semoga rumah tangga yang dibina kekal harmoni selamanya.

Foto : Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz

IKLAN