Rasanya ramai yang tahu mengenai isu Sharifah Shahirah bengang apabila niat berkongsi ‘throwback’ gambar kahwinnya mendapat kecaman netizen.

Dalam kesempatan MH bertemu dengan Shiera semalam, pelakon dan pelawak tersebut ada menceritakan kisah sebenar isu itu.

IKLAN

“Saya tak tahu zaman sekarang ini kelab peminat boleh marah-marah orang, jadi agak ‘culture shock’ sikit. Sebelum ini memang banyak kena maki tapi saya tahan-tahan hingga lah baca komen yang itu memang ‘tak tahan’.

“Individu tersebut kata saya ini gila glamour sedangkan saya suka apa yang saya buat. Mungkin individu tersebut tidak faham sebab itu boleh tulis macam-macam.

“Jadi, saya nak pesan kepada netizen…walaupun korang komen kami tidak kenal tapi perjalanan korang tidak akan tenang.

“Saya percaya ada hukum karma, kalau kamu buat orang, nanti akan datang balik,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Malaysia International Sport and Fitness Fair di Ruang Shah Alam, semalam.

Tambah Shiera lagi, dia berpendapat bahawa netizen-netizen ini diibaratkan seperti orang yang memandu kereta.

IKLAN

‘Sekarang Ini Kelab Peminat Boleh Marah-Marah Orang, Jadi Agak ‘Culture Shock’- Sharifah Shahirah

IKLAN

“Di luar mungkin individu itu seorang yang baik, lemah-lembut, hormat orang tapi bila dah masuk kereta, terus berubah. Macam itu jugalah kot netizen-netizen ini, di luar elok tapi di media sosial…

“Apa-apapun, saya anggap benda yang terjadi ini setakat iklan je, marah memang marah tapi cuma seketika. Cuma, kalau boleh saya nak lah jumpa ‘haters’ ini nak suruh duduk di sebelah. Nak tengok reaksi mereka.

“Tapi percayalah yang dia orang ini tidak akan muncul sebab mereka ini penakut dan mungkin juga bila ada di sebelah saya akan jadi baik?

“Namun, macam saya kata tadi, saya tidak kisah semua ini sebab saya seronok jadi baik kerana tidak tipu diri sendiri. ‘Haters’ ini semua penipu sebab baik di luar tapi di media sosial jadi jahat,” jelasnya lagi.

Bagi MH, sebagai seorang manusia pun ada batas kesabarannya juga tapi memang MH ‘respect’ dengan Shiera sebab masih boleh senyum saat berdepan dengan ‘haters’ ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI