“Sekarang Bina Surau Dahulu,” – Hasrat Suci Mila Jirin, Tanam Impian Mahu Bina Rumah Allah Selepas Ini

Share

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin beberapa jam lalu ada memuat naik foto yang dikeas kini di Instagram.

Menariknya, gambar yang berlatar belakangkan seperti bayangan surau itu dihujani ucapan syukur dan tahniah buat bekas juara Akademi Fantasia 5 itu.

“Punya cita cita ingin BINA sebuah MASJID… Insya Allah jika Allah izinkan..Suatu hari nanti..Insya Allah… Rakan rakan DOAKAN saya agar dapat BINA Masjid 1 hari nanti #Aminnnnnnnnn.

“Sekarang Bina SURAU dahulu…. Alhamdulillah, Surau Lelaki & Perempuan dibawah BIZMILLA dibina di Level 2, Bizmilla Wedding Centre, One City Subang…Insya Allah surau tambahan di One City ini dapat menampung dalam 40 Jemaah / Masa bagi setiap surau,” tulisnya.

Malah, Mila juga berharap agar surau yang baru dibina itu boleh memberi manfaat kepada semua.

“Moga dengan surau tambahan ini, dapat ia mempermudahkan urusan tetamu menunaikan solat ketika hadir ke Majlis Persandingan di BIZMILLA Wedding Centre,” tulisnya.

Foto: Instagram Mila Jirin

 

IKLAN