Berita

Sekali Lagi Lolos, Meerqeen & Anna Jobling Dalam Senarai Top 100 Wajah Paling Kacak, Cantik Di Dunia

Share

Untuk dua tahun berturut-turut, nama pelakon Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi berada senarai 100 Wajah Lelaki Paling Kacak 2023 (100 Most Handsome Faces 2023) dan 100 Wajah Wanita Paling Jelita 2023 (100 Most Beautiful Faces 2023) pilihan TC Candler.

Meerqeen, 21, berada di posisi ke-62, manakala Anna Jobling, 23, pula di tempat ke-66.

Bagi kategori lelaki, nama Meerqeen mendahului beberapa nama popular dunia seperti David Beckham yang berada di tangga ke-68 dan anggota kumpulan K-Pop BTS iaitu Jin di tangga ke-67.

Manakala Anna berada di kedudukan lebih atas berbanding aktres Hollywood, Margot Robbie yang berada di kedudukan ke-90.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mulai melonjak namanya selepas menbintangi drama episod, Melur Untuk Firdaus.

Dalam pada itu, pelakon berdarah Amerika-Perancis, Timothee Chalametdi berada di posisi pertama Wajah Lelaki Paling Kacak 2023, manakala untuk kategori wanita pula disandang penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN