Sekali Lafaz, Sheera Iskandar Sah Bergelar Isteri Anggota Polis

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Sheera Iskandar yang telah pun selamat bergelar isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz.

Majlis berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin.

Memetik mStar, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, itu diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.

Imbas kembali, Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015 namun bercerai pada hujung 2018.

Difahamkan, pelakon drama bersiri popular Gerak Khas itu mula mengenali suaminya ketika penggambaran

Gerak Khas pada tahun 2019.

Turut hadir bagi meraikan pasangan raja sehari termasuk pelakon drama rantaian terbabit, Abby Abadi dan Salina Saibi.

Sumber: mStar

IKLAN