Sekali Lafaz, Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Bergelar Suami Di Penghulu Segala Hari

Share

Penghulu segala hari, Jumaat menjadi momen paling bermakna buat pereka terkenal jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin apabila selamat diijabkabul bersama wanita pilihan, Nurida Suraya dengan sekali lafaz.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan sahabat kepada pereka fesyen popular itu.

Alhamdullillah.. subhanallah.. .. Tahniah buat sahabatku.. @rizman.n @nuridasuraya,” tulis Datuk Seri Siti.

Tampil sedondon mengenakan persalinan polos putih nan suci, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis nikah di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dihadiri ahli keluarga kedua mempelai, majlis nikah tersebut turut diraikan teman rapat dan rakan selebriti jemputan.

Tahniah buat pasangan raja sehari ini dari MH, moga kekal hingga ke jannah.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

IKLAN