Sekali Lafaz & Mas Kahwin RM1,988, Reen Rahim Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Reen Rahim,34, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin,28, dalam majlis seba indah yang berlangsung di Boraombak Marina, di sini, jam 9.05 malam tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan di balas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.

Pasangan raja sehari ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras, Kuala Lumpur, esok.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, pasangan terbabit berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum mengadakan menjalin pertunangan pada 12 Ogos lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN