Penyanyi Siti Nordiana, mengakui dia pernah menolak lamaran lelaki berstatus suami orang kerana memahami perasaan wanita selain tidak mahu meyakiti hati kaumnya sendiri.

Katanya kepada MH, dia sebolehnya cuba elak atau menjauhi lelaki bergelar suami orang bagi mengelakkan salah faham dan cuba untuk tidak melayan golongan berkenaan secara berlebih-lebihan.

Pada masa sama, pelakon Pengantin Musim Salju di samping Alif Satar yang mesra disapa Nana ini turut memberitahu, dia sukar untuk menjawab persoalan perihal jodoh dengan suami orang kerana perlu menjaga hati ramai pihak.

“Benda macam ni sudah untuk dijawab kerana perlu jaga hati mereka (wanita) yang jadi isteri kedua dan seterusnya. Cuma untuk saya secara peribadi, kalau boleh memang nak elak dan jauhkan. Ada suami orang yang mahu melamar, tapi kita memahami perasaan wanita lain. Jadi jauhkan,” katanya yang pernah mendapat nasihat atau pun tips daripada kenalan mengenai isu berkenaan.

 

“Ada yang beri pesan bila berurusan dengan suami orang ni, sekali dia lebih jangan sedikit pun layan bimbang berpanjangan,” katanya yang pernah didekati lelaki yang dikenali dan ketika membuat persembahan pentas. 

Sambil mengharapkan pendapat peribadinya itu tidak disalah ertikan, ibu tunggal ini bagaimanapun berharap dapat bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membimbingnya ke arah kebaikan.

IKLAN

“Sekali Dia Lebih, Jangan Layan Sikit pun Bimbang Berpanjangan,”- Nana Dedah Pernah Tolak Lamaran Suami Orang

“Bukan tidak percaya lelaki lagi. Cuma perkahwinan adalah suatu hal serius dan kalau boleh, biarlah kekal hingga sepanjang hayat. Jadi saya harapkan dapat bertemu lelaki bujang yang boleh bimbing saya kepada kebaikan,” luah Nana sejurus majlis pelancaran single terbarunya berjudul Hatiku Milikmu, di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Isnin.

Berkongsi mengenai single terkininya itu, Nana mengakui dia terinspirasi untuk menukilkan liriknya menerusi pengalaman cinta rakan sekeliling.

IKLAN

IKLAN

Kami suka lagu baru Nana ni. Nyanyi live pun love sangat!! Jom dengar chuols…

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, 2 April 2018

“Hatiku Milikmu adalah gubahan saya sementara liriknya pula bersama Shana dan kami mengambil pengalaman cinta rakan sekililing sebagai ilham. Malah saat tonton drama Korea pun boleh menjadi inspirasi,” jelas Nana yang turut mengharapkan sambutan baik buat lagu tersebut. 

Sementara itu, Nana turut berpuas hati dengan hasil muzik video Hatiku Milikmu yang telah dirakamkan di Krabi, Thailand, bulan lalu yang turut mendapat sentuhan produksi Storytellrs. Turut sama terlibat di dalam muzik video berkenaan sebagai penampilan khas ialah Fikry Ibrahim dan Alvin Chong.

Kurang 24 jam dimuat naik di YouTube, muzik video berkenaan sudah pun ditonton hampir 80,000 tontonan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI