“Sejuk Perut Kalau Ada Anak Macam Ni” – Video Anak DS Aliff Syukri Ajar Adik Mengaji Quran Buat Netizen Tersentuh…

Share

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram anak Datuk Aliff Syukri, Ammar Ahyan, kelihatan dia sedang mengajar adiknya, Ameena membaca surah Al-Ikhlas.

Video pendek itu sekali gus membayangkan sikap tenang dan penyabar Ammar lalu menyentuh hati ramai. 

Difahamkan, sesi membaca ayat suci al-quean sudah menjadi rutin biasa bagi anak-anak usahawan berjaya ini. 

Netizen meninggalkan komen membina agar Ammar terus berusaha mengajar adiknya mengaji.

“Lembut je abang Ammar panggil Ameena. Bertabahlah dengan Ameena yang tak tahu duduk diam.”

“Slow2 yea abang…InsyaAllah adik follow bila selalu dengar abang ajar,” kata netizen. 

Ammar Ahyan, 11 merupakan anak sulung kepada Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan Shahida. Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata, Qadejah El Zahra,9, dan Ibraheem Adham, 7 tahun.

Pasangan tersebut turut mengambil anak angkat, Ameena dan Qayyum.

Foto: Instagram Ammar Ahyan dan Aliff Syukri

IKLAN