Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui jadual yang padat sedikit sebanyak menjejaskan tahap kesihatannya.
Bagaimanapun, menurut Uyaina, minat mendalam terhadap bidang ini yang membuatkan dirinya terus kuat sehingga sekarang.
Selain tanggungjawabnya sebagai salah seorang pengacara program Wanita Hari Ini, Uyaina mendedahkan dirinya kini harus berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu bagi melangsaikan baki pengambaran drama terbarunya, Wanita Tanpa Dosa.
“Apa yang buat saya terus bertahan adalah kerana minat, kesungguhan dan ikhlas ketika melakukan kerja yang diamanahkan.
“Saya tak anggap perjalanan jauh ini sebagai satu beban. Kadang-kadang saya rasa penat tu, biasalah.
Ads
“Cuma bila fikir pasal tanggungjawab dan amanah bila orang sudah percayaksj kita, profesionalisme dalam melakukan kerja tetap keja jaga. Itu yang buatkan saya terus bersemangat, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Uyaina berkata demikian sewaktu ditemui media pada Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun itu turut memutuskan untuk berehat seketika selepas selesai ke semua sesi pengambarannya tidak lama lagi.
“Sejujurnya saya kena mengaku yang saya sememangnya rasa agak penat dan ikutkan perancangan, bila berakhir penggambaran saya nak berehat seketika.
“Malah sebelum ini pun saya terpaksa tolak satu tawaran program travelogue secara baik kerana ia memerlukan saya untuk kembara seluruh Malaysia selama sebulan.
Ads
“Mungkin sekarang ini saya perlukan masa untuk berehat sebelum menyusun semua jadual selepas ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uyaina memaklumkan drama Wanita Tanpa Dosa arahan pengarah, Michael Ang akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini.
Selain Uyaina, antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose dan juga Shaza Bae.
Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad memaklumkan isterinya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.
Hafiz menjelaskan, usia kandungan istertinya sudah mencecah usia dua bulan dan berita tersebut diterima ketika sedang membantu seorang rakan baiknya yang jatuh sakit di Kelantan.
“Happy dapat rezeki anak, tapi… “Abang, anak kita dalam kandungan dah tak ada.”
“Aina surprise saya last week, katanya dah 2 bulan pregnant. Happy sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada 2 kantung.
“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris & perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur & excited sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…
“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yg sakit semalam masuk dalam kereta & terus terima call dari Aina sebab dia pergi checkup.
“ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA.”
“Saya tak tau nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yg sama terima call macamtu, korang boleh rasa tak perasaan saya?,” tulisnya.
Hafiz pada masa sama turut mengakui perkara yang berlaku telah mengajarnya untuk terus bersyukur dan tidak menolak takdir yang telah ditentukan Illahi.
“Saya belajar something, nak tau apa? Disaat saya terima call tu, aina kata anak saya dah takde & mata Saya tgk sahabat saya tengah tak berdaya depan mata.
“Rasa syukur saya terus tinggi, saya taknak kecewa & tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk & saya belajar untuk redha.
“Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bg lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.
“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris.
“Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy & mummy. Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu 2 bulan dalam kandungan.
“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy & kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dgn rezeki halal sayang.
“Ini semua 1 cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi & sentiasa ikhlas dalam usaha. “Kejayaan Demi Kebahagiaan” selalu di hati kami.
“Siapa pun yg mengharapkan zuriat, kau kurniakanlah mereka semua & kurniakan kesihatan buat mereka yg sedang mengandung itu.
“Mummy, thank you jagakan anak kita dalam kandungan 2 bulan & terima kasih surprise daddy last week. Abang happy sayang sebab anak itu anak yg tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, satu rakaman video yang dimuat naik yang merakamkan dirinya yang sedang membantu seorang sahabat untuk menjalani rawatan di hospital akibat masalah kesihatan di baru-baru ini mendapat perhatian warga maya.
Setelah sekian lama berehat, Sepahtu Reunion Live akhirnya tampil dengan musim terbaru.
Masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Ilya serta barisan cameo jemputan, Sepahtu Reunion Live kini tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka dikatakan bakal beraksi tanpa kehadiran penonton dek kerana pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak Rabu.
Menurut Jep pula, apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.
“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton…Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi takde bola,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, ketika menjawab komen salah seorang individu, Jep memberitahu, membuat lawak ketika tiada penonton semasa sesi rakaman adalah berbeza jika ingin dibanding dengan persembahan secara langsung.
“Record dengan live banyak beza,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat seluruh tenaga kerja Sepatu Reunion Live selain turut tidak sabar nanti persembahan minggu pertama kumpulan tersebut.
Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis bermula malam ini secara eksklusif di Astro Warna (127) dan Warna HD (107) jam 9.00 malam.
Bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul, ramai rakan selebriti yang menitipkan ucapan serta berselawat kepada baginda Rasullah SAW.
Penyanyi Datin Alyah misalnya turut ada berkongsi tentang kebesaran Yang Maha Esa dan keperibadian baginda Rasullah menerusi akaun Instagram miliknya.
Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hassan juga menyifatkan keperibadian baginda Rasulllah sebagai satu sifat yang sangat terpuji.
“Membaca kisah Beliau Membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah swt.Insan yg terpuji dari segala pekara.Dialah utusan Allah swt & Dialah kekasih Allah swt…
“Terima kasih ya Allah swt kau kirimkan seorng insan yg sempurna cara hidupnya,
Didikannya,Sunnahnya,tutur katanya dan segala galanya utk kita teladani juga menginsafi…
“Beliaulah insan dgn sifat terpuji dan dikasihi semua.Beliau sentiasa merindui umatnya walau pun tidak pernah bertemu ya Allah swt syahdunya.
“Baginda Rasulullah SAW…Salam Maulidur Rasul & Selawat ke Atas Baginda Rasulullah SAW…,” tulisnya.
Video: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...