Tahniah diucapkan buat pelawak, pelakon dan hos, Danial Zaini, 29, yang kini sah bergelar suami kepada suri hati pilihan, Yasmine Umira Yahya, pada Sabtu.

Dengan sekali lafaz, Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini yang juga penyampai radio Era FM diijabkabulkan bersama Yasmine, 29, dalam majlis yang diadakan di Timorra Avanue, Kuantan, kira-kira pukul 10.00 pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

Tampil menawan menerusi busana akad nikah sentuhan Amzar Atelier dan bersongket mewah daripada Man Kajang, pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan disaksikan hampir 100 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga,rakan artis dan rakan-rakan terdekat.

Yasmine menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran berjumlah RM 17 777.77, seutas rantai emas dan sebentuk cincin serta menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak pengantin lelaki.

IKLAN

Lebih istimewa, lagu terbaru Danial, Hati yang ditulis khas Danial sendiri turut dilancarkan pada majlis raja sehari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

“Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan yang sangat dinantikan, banyak rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah bergelar suami hari ini.

IKLAN

“Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi dugaan yang mendatang.

“Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah,” katanya, memetik Gempak.

IKLAN

Momen indah itu turut dikongsikan Danial menerusi beberapa hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021, namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI