“Sejujurnya Bila Tiba Apa Saja Majlis Anugerah…,” – Tak Mahu Letak Harapan Raih Trofi ABPBH34, Wany Hasrita Percaya Rezeki

Share

Penyanyi, Wany Hasrita tidak meletakkan sebarang harapan untuk membawa pulang trofi bagi kategori utama di Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular BH Ke-34 (ABPBH34) tahun ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Menahan Rindu ini memaklumkan perkara tersebut secara virtual menerusi program Wanita Hari Ini, di TV3.

“Untuk pada tahun ini, syukur alhamdulillah saya sekali lagi tercalon sebagai finalis kategori penyanyi wanita popular.

“Sejujurnya, bila tiba apa sahaja majlis anugerah, saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan untuk menang.

“Kalau ada rezeki Alhamdulillah, jika tidak dapat kita perbaiki dan lakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya jujur.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun ini lagi, dia juga mahu lebih relaks bagi elakkan rasa kecewa dan kesedihan andai gagal membawa pulang trofi.

“Macam situasi yang pernah berlaku sewaktu sebelum saya memenangi Anugerah Bintang Paling Popular lagi, saya pernah datang anugerah berharap sangat untuk menangx tapi apabila tiba-tiba tak menang, saya rasa sedih.

“Oleh itu, saya serahkan seratus peratus kepada peminat kelab peminat. Sebenarnya dari dulu pun, mereka sanggup korbankan tenaga, masa dan sebagainya semata-mata untuk lihat kejayaan itu tercipta.

“Terima kasih dan saya begitu hargainya,” katanya lagi.

Imbas kembali, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah pernah memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di anugerah tahunan itu pada tahun 2018.

Foto: Instagram Wany Hasrita

IKLAN