
Telah pun bergelar isteri kepada aktor Pekin Ibrahim awal Disember lalu, rata-rata peminat memuji penampilan terkini aktres berkenaan.
Rata-ratanya menganggap bintang kacukan itu makin cantik dan comel.
Malah tidak kurang yang memberi pandangan sekali imbas, wajahnya saling tak tumpang iras pelakon, Zahirah MacWilson.
Pujian tersebut diberikan netizen buat Mona menerusi dua posting foto selfie yang dimuat naikya sehari lalu.
View this post on InstagramKnow yourself. Be yourself. Trust yourself. Love yourself. ❤️❤️❤️
A post shared by Mona Allen? (@mona.allen) on
Terdahulu, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 8 Disember lalu menerusi sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.
Bagaimanapun, pasangan tersebut mengambil pendirian untuk tidak berkongsi mengenai butiran majlis pernikahan.
Foto: Instagram Mona Allen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya

“Hanya nak kongsi rezeki, nak gembirakan anak-anak ini.” Demikian kata pelakon Putra Amaris yang kini kerap menjalankan projek amal bersama golongan remaja dan kanak-kanak hampir dua tahun lalu.
Menurut Amaris, dia mulai tergerak hati untuk melakukan projek sedemikian ketika seluruh negara berdepan cabaran pandemik Covid-19 sekali gus menjejaskan kelangsungan hidup golongan sasaran.
Amaris ditemui pada sesi ramah mesranya bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall, baru-baru ini.
“Bila kelonggaran sudah diberikan dan kes (Covid-19) mulai menunjukkan penurunan, rasanya ini masa terbaik untuk bawa mereka keluar makan-makan.
“Pada masa sama minta doa mereka mudah-mudahan rezeki yang ada ini kita dapat kongsi dengan ramai lagi mereka di luar sana, insyaAllah.
“Hati terdetik untuk gerakkan misi ini apabila negara kita awal-awal terpalit dengan pandemik tak lama dulu. Waktu itu kita sebagai selebriti kerap dipanggil untuk buat riviu makan dan sebagainya. Jadi bila nak jamah makanan tu, ia buat saya terfikir, ‘orang lain dah makan ke belum?’.
“Terutamanya anak-anak yatim dan golongan lain yang memerlukan. Aku dapat nikmat tapi mereka bagaimana? Atas izin Allah SWT, saya ikhtiar untuk jalankan program sedemikian.
“Ada organisasi dan rakan artis turut sama murah hati membantu dan turut serta. Misalnya Ramadan lalu kita ada buat kempen Infaq Sama-Sama Kenyang. Sambutannya cukup baik. Moga dipermudahkan untuk perancangan akan datang, insyaAllah,” katanya.
Amaris yang kini menjadi duta jenama ‘disinfectant’ pelbagai guna, Safelyte juga percaya rezeki yang diterima sebaiknya dikongsi bersama.
“Saya yakin dengan izinNya. Bila kita memberi, rezeki pada kita akan lebih lagi. Cuma apa yang dibuat ini bukanlah untuk dapat nama. Kena sentiasa perbetulkan niat,” katanya yang turut mengusahakan Amaris Satay Goreng di samping Amaris My Tart bersama isteri.
Safelyte produk antiseptik berkuasa yang mampu membasmi kuman, tanpa alkohol, sekali gus dapat melindungi diri daripada bahaya bakteria.
Dikenali sebagai air elektrolisis beroksida atau larutan air berion, ia juga mesra alam, tidak bertoksik selain selamat digunakan oleh kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Putra Amaris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Mira Filzah ‘Difilter’ Suami; “Dia Nak Tengok ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah.”

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya ‘tidak berkenan’ dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ bukan Mira Filzah.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”.
“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.
Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang, saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first moment dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya lagi.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar yang merupakan seorang arkitek pada 3 September 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir, yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tapi Hari Tu, Buka Pintu Dia Tak Ada. Rupanya…,” – Mengalir Air Mata Sherry Al Hadad, Kongsi Kisah Yang Jarang Diceritakan ‘Live’ Di Rumah 107

Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi kisah peribadinya menerusi program Rumah 107, baru-baru ini.
Selain berkongsi kisah seni, episod terbaru program tersebut antara lain turut membawa hos Big Stage itu mengenang momen kematian bapa tersayang, Syed Abdullah Syed Ali Al Hadad ketika dia berusia 9 tahun.
Jarang kita dengar mengenai kisah tersebut, Sherry mengakui pada awalnya dia menganggap apa yang berlaku ibarat satu mimpi.
“Arwah (ketika itu) tidak bekerja, dah pencen. Jadi kalau pergi mana-mana je, orang cakap ‘Syed bawa cucu ke?’ Sebenarnya anaklah, sebab beza umur kami jauh.
“Jadi setiap kali saya balik sekolah, dia (arwah) akan menyorok. Jadi bila kita buka pintu, akan cari dia. Jadi itu rutin setiap kali saya balik, buka pintu macam ‘haaa… Mana Abah aku nak menyorok hari ni?’.
“Tapi hari tu, buka pintu dia tak ada. Rupanya dia dah masuk hospital,” katanya dalam linangan air mata.
Terdahulu, perkara tersebut turut diceritakan seorang lagi tetamu undangan, Sharifah Shahirah yang juga merupakan ibu saudaranya.
“Ketika itu umur 9 tahun kita dok fikir, ini mimpikah? Esok bangun mesti okay. Keesokkan paginya bila jenazah dikebumikan baru saya sedar, ini realiti,” katanya.
Sherry pada masa sama turut menyifatkan ibunya seorang yang kuat kerana tidak menitiskan air mata ketika pemergiaan suaminya.
Rumah 107 dihoskan pelakon senior, Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie serta Vicha dengan watak masing-masing.
Ia bersiaran pada Jumaat (hari ini), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Saksikan sedutan perkongsian Sherry di sini;
YouTube: Ifr4n Empire
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI