Sedia diketahui sebagai antara rakan artis yang sudah lama saling mengenali, Fasha Sandha mengakui Fazura tidak pernah terlepas daripada mengingati, seterusnya menghadiahkan baju raya buatnya tiap kali menjelang raya.

Pendedahan tersebut dikongsikan Fasha menerusi Instagram yang turut memuatkan perbualannya dengan pekakon filem J Revolusi itu.

“Inilah di antara sebab-sebab sahabatku seorang ni sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Beliau yang ku kenali sejak zaman modelling masa umur 18 tahun, seorang yang pemurah hati. Dulu sampai sekarang sama je,” tulisnya.

“Sejak I Jadi Ibu Tunggal Ni, Faz Tak Pernah Lupa Nak Hantar Baju Raya…”- Dedikasi Fasha Sandha Buat Fazura

IKLAN

Pada masa sama, bintang tersebut juga menjelaskan, setiap tahun Fazura itdak pernah untuk mengirimkan baju raya kepadanya, sejak bergelar ibu tunggal.

IKLAN

“Sejak I jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa nak hantar baju raya setiap tahun. Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank You juga to Fattah. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby. Amin,” tulis Fasha disertai dengan tanda palang #doayangbaikbaik.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima hampir 40,000 tanda suka bersama komen- komen positif yang diberikan buat Fazura dan suaminya, aktor Fattah Amin.

IKLAN

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI