Ads

“Sejak Fatima Lahir Lagi Dia Sudah Dicerca Dan Dikecam,” – Fazura

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura akui perasaannya terluka apabila mengenangkan anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima, sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, permata hati hasil perkahwinannya bersama bekas suami, Fattah Amin itu telah menjadi bahan kritikan segelintir netizen sejak dilahirkan.

Luah Rasa Terkilan Anak

“Sebenarnya perkara ini berlaku sudah lama. Sejak Fatima lahir lagi dia sudah dicerca dan dikecam. Waktu dia kecil dia tak pandai nak sebut nama dia. Jadi dia sebut ‘Nyamma’. Tapi orang ejek lain pula (dengan panggilan macam-macam).

“Itu belum lagi ada yang cakap dia menyemak selaon tak patut berada di situasi tertentu. Sedangkan saya sudah beri kebenaran untuk dia berada di majlis itu.

Ads

“Sebagai ibu, sudah tentu saya rasa marah dan terluka. Jadi saya pertahankan anak saya. Kalau saya tak pertahankan Fatima, siapa lagi yang nak buat macam tu.

“Nanti bila dia dah besar dia akan tengok siapa yang pertahankan dia,” katanya ketika ditemui di majlis ‘meet and greet’ bersama wajah-wajah Jakel di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Ads

Rezeki Kerjasama Fazura X Jakel

Sementara itu, Fazura turut meluahkan rasa syukur apabila kerjasamanya bersama Jakel menerusi koleksi Fazura X Jakel menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pembeli.

“Semua ini adalah kuasa dan rezeki Allah. Bukannya penangan saya seorang. Saya memang tak jangka sambutan yang diberikan sangat hebat. Ada tiga rekaan yang sudah ‘sold out’, alhamdulillah,” jelasnya.

Ads

Sesi ‘meet and greet’ yang berlangsung di Jakel Mall itu turut disertai oleh tiga lagi duta Jakel lain iaitu Elly Mazlein, Cik Epal dan Ammar.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Allahuakbar Ketika Ramadan, Selepas Terawih Selalu Berdoa Nak Dapat ‘Jodoh’, Mungkin...

Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.
error: Hello. Cannot.