Kalau anda mengikuti perkembangan artis comel dan cantik, Mawar Rashid pasti anda semua tahu minggu lalu telah berlangsungnya majlis resepsi Mawar dan Raf Yaakob.

Dalam majlis tersebut, Mawar telah membuat satu persembahan tarian dan persembahannya itu mendapat pujian daripada peminatnya namun begitu ada juga segelintir netizen yang mengecam.

MH berjaya mendapatkan Mawar untuk bertanya sedikit tentang persiapan persembahan tariannya pada malam resepsi lalu dan komen kepada segelintir yang mengecam.

Ads

Kata Mawar, idea untuk membuat persembahan itu datang daripada dirinya sendiri kerana sememangnya dia memang suka menari sejak kecil lagi dan mengimpikan untuk menari di hari bahagianya.

“Menari adalah salah satu daripada minat Mawar sejak kecil dan dari dulu lagi Mawar mengimpikan untuk menari di majlis resepsi Mawar sempena meraikan hari bahagia Mawar,” katanya.

Beralih kepada isu persembahan tariannya yang dikecam oleh segelintir netizen, Mawar berkata dalam setiap apa yang kita lakukan pasti ada yang tidak suka dan kita tidak dapat memaksa untuk mereka suka kepada kita.

Ads

“Apa yang saya boleh buat adalah percaya pada diri sendiri dan sentiasa berfikiran postif. Bagi saya apa yang paling penting adalah kesemua majlis saya bermula dari merisik, bertunang, bersiram, nikah dan resepsi Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

 

“Mawar puas hati bila orang-orang tersayang, ahli keluarga, teman-teman dan rakam media gembira menghadiri ‘MawaRaf Reception’,” katanya kepada MH.

Pelakon ini juga turut menjelaskan, pada sesiapa yang mengikuti kerjayanya pasti tahu bahawa dia memang minat untuk menari.

Ads

“Mawar memang suka menari dan Mawar pernah menari di persembahan pembukaan DFKL tahun ini selain itu Mawar juga pernah masuk dalam pertandingan Perang Bibir TV9 di mana Mawar diperlukan untuk menari.

 

“Jadi Mawar rasa tak salah untuk Mawar buat perembahan tarian kepada suami dan para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan MawaRaf.

 

“Mawar tahu ramai yang suka dan ada juga segelintir yang beri komen negatif. Mawar hargai dan berterima kasih kepada yang beri komen-komen positif.

 

“Untuk yang beri komen negatif pula Mawar juga terima dan cuba untuk perbaiki kekurangan Mawar,” katanya.

Dalam pada itu Mawar juga memberitahu kepada MH bahawa dia hanya mengambil masa selama dua hari untuk berlatih tarian pada persembahannya malam resepsi yang lalu.

Jom MH belanja sikit video persembahan tarian Mawar tempoh hari.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI