Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida ada menyuarakan pendapat atas kemenangan penyanyi Cliff Umar menerusi rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), pada Ahad.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi video di IG TV menyifatkan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol itu sememangnya layak bergelar juara atas dasar kelainan persembahan yang ditunjukkan berbanding dengan peserta lain.
“Sejak saya dah tak taja Gegar Vaganza saya dah tak tengok sangat dan saya dah tak layan sangat sebab macam ‘so-so’ sahaja setiap minggu sama saja.
“Tapi malam ini yang saya rasa peserta underdog dululah dan bukan peserta kegemaran saya pun tiba-tiba membuat satu benda yang luar jangkaan, bijak dan lain dari yang lain.
“Mengunakan satu pendekatan yang berbeza daripada peserta lain. Ini yang kita nak walaupun ramai yang meneka itu ini menang tapi firasat saya betul, 100 peratus yakin yang dia akan menang. Tahniah Cliff Umar,” katanya.
Vida pada masa sama menambah, seseorang penyanyi juga perlu melakukan rujukan dan punyai personaliti tersendiri demi survival dalam seni.
Ads
“Pandai dan bijak cara persembahan dia di atas pentas dan saya di rumah terhibur sangat. Saya tak kisah fasal kontroversi yang tak boleh ditegur lah apa lah, saya tak kisah.
“Jadi kepada artis yang nak masuk pertandingan kena rajin buat ‘homework’, jangan duduk di takut yang lama. Kita nak persembahan yang di luar kotak, lain daripada yang lain.
“Dengan cara tersendiri tanpa meniru pembawakan sesiapa maka anda akan mendapat tempat dalam industri.
“Anda telah memberikan yang terbaik dan anda memang layak memegang gelaran juara Gegar Vaganza ketujuh tahun 2020,” katanya panjang lebar.
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya turut memberikan reaksi dan pendapat masing-masing.
Terdahulu, Penyanyi Cliff Umar dinobatkan sebagai juara program hiburan tahunan itu sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej penginapan berserta trofi.
Naib juara pula disandang Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan berserta trofi.
Ads
Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit sementara Noraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000 beserta trofi kemenangan.
Manakala, Oja pula ditempat keenam dan Ashira di tempat terakhir.
GV7 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu, setiap Ahad jam 9 malam.
Pentas akhir GV7 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan dibawakan oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengumumkan dirinya bakal melahirkan bayi perempuan tidak lama lagi, pelakon dan ahli perniagaan, Mawar Rashid membuka ruang buat pengikutnya di Instagram untuk bertanya mengenai apa sahaja.
Salah satu yang mencuri tumpuan kami ialah apabila peserta Dewi Remaja 2015 ini ditanya berapakah bilangan anak yang dimpikan Mawar.
Jawab isteri kepada Raf Yaakob ini, dia pernah merancang untuk memiliki tujuh orang cahaya mata.
“Dulu nak 7 orang anak, tapi sekarang macam fikir 10 kali. Banyak sebabnya, zaman sekarang bukan macam zaman dulu.
“Tapi Mawar memang suka anak ramai. Adik-beradik Mawar pun 7 orang, InsyaAllah. Sekarang ni Mawar nak fokus jaga uang kecil-kecil ni dulu,” tulisnya menerusi Ask Me Question.
Terdahulu, Mawar berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah video video yang dimuat naik ke saluran YouTubenya, pada Isnin.
Mawar dan suami telah pun dikurniakan anak sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun sembilan bulan.
Kini sedang sarat hamil 8 bulan, Mawar dijangka bakal bersalin pada pertengahan Januari 2021.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV memuat naik video ‘prank’ yang dilakukan anaknya, Cik B bersama-sama rapper, MK K-Clique bagi mengenakannya.
Pada awal, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin meminta keberanan penyanyi lagi I Am Me itu untuk membeli PS5, namun DSV mencadangkan agar lebih baik andai Cik B membeli emas.
Bagaimanapun, tiba-tiba Cik B memberitahu dia takut kerana pengurusnya hilang entah ke mana dan meminta ibunya untuk bercakap dengan pegawai keselamatan.
“Cik B kat One Utama ni, Cik B nak beli PS5 boleh tak? Cik B dah nak bayar dah ni. Boleh tak?,” tanya Cik B.
“Emas? Tok sey emas? Baik beli emas Cik B,” jawab ibunya sebelum Cik B tiba-tiba ketakutan kerana ketiadaan pengurus.
Lalu, MK pula amik peranan sebelum masing-masing memberitahu itu sebenarnya hanyalah sebuah ‘prank’ menerusi panggilan video yang dilakukan.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, DSV turut memberikan reaksinya.
“BILA PRINCESS OF RAP @cikb_havoc66 BERGABUNG DGN PRINCE OF RAP @hairiwhuut PRANK DSV.
Aduh, dah la saya baru bangun tido ja.
“Nasib baiklah ada Pak Guard bertauliah cam MK @hairiwhuut ,kalau tak Cik B hilang dah.
”Korang jangan lupa layan Trek Selebriti @cikb_havoc66 bersama hos @aliffarhan_jr. SETIAP RABU| 9.30 PM ASTRO RIA,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan ada yang tidak sabar untuk menonton penuh episod berkenaan apabila ia ditayangkan tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Cik B baru sahaja muncul dengan single debut berjudul Tolonglah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mendedahkan suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio, Shuib teruja apabila melihatkan perubahan fizikal dirinya yang seolah-olah sedang hamil.
Malah, Shuib turut meminta Sarah untuk melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah.
“Dia gembira dan terus beli alat ujian kehamilan beberapa hari sebelum saya buat persembahan di program Lagu Cinta Kita 2. Saya faham dia teruja.
“Kemudian bila tengok hasilnya, dia terus cakap saya hamil. Tapi rupanya tidak sebab yang muncul hanya satu garis.
“Saya tidak letak harapan (hamil lagi), tapi saya tidak menolak kalau Dia bagi rezeki zuriat,” katanya.
Ditanya mengenai perubahan berat badannya hingga menimbulkan spekulasi di kalangan peminat, penyanyi lagu Manis ini menjelaskan ia berpunca kesan perubahan hormon serta pengambilan ubat-ubatan yang diambil sejak dua tahun lalu.
“Saya mengalami perubahan hormon yang agak ketara sekali gus alami peningkatan berat badan secara mendadak. Jujurnya, situasi ini berlaku lebih dua tahun lalu iaitu ketika saya berdepan masalah anxiety.
“Sejak itu, saya mula sedar berat badan meningkat lebih 20 kilogram. Spekulasi ramai yang mengatakan saya hamil adalah tidak betul. Apa pun, terima kasih kepada peminat yang peka dengan perubahan fizikal saya.
“Saya juga tidak tahu untuk beri reaksi bagaimana apabila ada yang sangka saya mengandung.
“Walau bagaimanapun, saya sayangi diri ini dalam apa sahaja rupa bentuknya,” katanya yang sedang proses untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
Sarah ditemui pada sidang media single terbarunya, Terakhir Buat Teman yang turut menampilkan Hazama.
Melodi indah yang diciptakan Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pada awalnya adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.
Single tersebut dicipta oleh Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.
Tidak sempat lagu tersebut disiapkan, Aji meninggal dunia dan Lok U ketik itu cuba menyiapkan lagu tersebut, namun beliau juga pergi mengadap Illahi pada 22 Januari 2020.
Seterusnya, Indigital Music proses pembikinan diteruskan Genervie bersama Emi gitarist sementara lirik oleh Rudy Imran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.